Ahli Keluarga Meninggal Dalam Mimpi? Ketahui Sebab Mimpi Buruk

Setiap daripada kita pasti pernah mengalami mimpi buruk ketika tidur. Namun, ada yang beranggapan ia sekadar mainan tidur dan tidak perlu runsing memikirkannya. Tapi kalau sampai melibatkan keluarga sehingga kita menangis di dalam tidur, mestilah kita akan teringat juga kot macam mana pun kan?

Ada yang pernah bermimpi dibunuh, jatuh gaung, atau mimpi dikejar sesuatu. Ia akan membuatkan anda terjaga dan berasa cemas. Sebenarnya, mimpi buruk yang sering menggangu anda setiap malam adalah disebabkan masalah kesihatan.

Kalau mengikut kajian, 2 hingga 8 peratus orang dewasa tidak boleh berehat dengan tenang akibat mengalami mimpi buruk yang mengganggu pola tidur mereka.

BACA: Alert! Rakan Sekerja Tiba-Tiba Asingkan Diri Petanda Terkena Gangguan Seksual

via GIPHY

Kata Profesor Jason Ellis pula, mimpi buruk terjadi akibat daripada masalah tidur seperti sakit atau insomnia. Sebenarnya normal saja bagi manusia untuk mengalami mimpi buruk sekali seminggu.

Selain itu, professor  Neil Greenberg dari King’s College London pula menyatakan ia mungkin disebabkan seseorang mengalami peristiwa trauma yang membuatkan otaknya tak mampu memproses peristiwa tersebut.

BACA: Resipi &;French Fries Mudah dan Viral

“Ada bahagian otak bawah sedar mungkin muncul di fikiran seseorang ketika sedang tidur. Bebanan daripada peristiwa lampau dan trauma telah menyebabkan ia hadir sebagai mimpi buruk,” katanya.

via GIPHY

Selain daripada mengalami masalah kesihatan mental akibat daripada hal-hal traumatik, ia juga boleh mendorong kepada bipolar atau skizofrenia.

Jadi, penting juga untuk anda bijak menguruskan emosi agar ia tidak mengganggu mental seterusnya menyebabkan anda ternampak perkara bukan-bukan semasa sedang tidur. Namun Islam juga ada mengajarkan beberapa perkara sekiranya anda mengalami mimpi yang tidak baik.

  1. Membaca Ta’awaudz
  2. Meludah ke kiri
  3. Mengubah posisi tidur
  4. Solat dan mohon perlindungan Allah
  5. Tidak menceritakan kepada orang lain

via GIPHY

Ini kerana, boleh jadi mimpi buruk yang kita alami bukan daripada Allah sebaliknya daripada syaitan untuk mengganggu ketenteraman anda. Dapatkan bantuan doktor jika perlu. Ini kerana jika kualiti tidur sangat besar untuk menentukan produktiviti kita keesokkan hari.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNN

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna