Ah, Sudah! Bayi Dalam Kandungan Pun Boleh Dijangkiti COVID 19 Jika…

Belum lagi berpeluang melihat dunia. Tetapi bayi dalam kandungan berpotensi terkena jangkitan COVID 19. Tragedi ngeri itu telah disahkan oleh para saintis menyatakan terdapat bukti kukuh ibu mengandung yang positif COVID 19 boleh menyebarkan virus tersebut kepada anak di dalam kandungan.

Asalnya, para saintis ingin membuat kajian bagaimana ibu mengandung dalam dilindungi sepanjang musim pandemik. Namun, ternyata rupa-rupanya terdapat alasan kukuh pemindahan virus antara ibu mengandung dengan anak dalam kandungan.

BACA: Bahayakan Nyawa Tersayang, Wanita Sarat Mengandung Positif COVID Balik Kelantan

Pengkaji di Itali mengkaji 31 wanita mengandung dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti COVID 19. Bukan itu sahaja, hasil penelitian menunjukkan virus tersebut berada di dalam uri, tali pusat, dan vagina seorang wanita dalam susu.

Ketua penyelidik dari Universiti Milan, Claudio Fenizia risiko untuk hal ini terjadi adalah sangat tinggi.

“Berdasarkan kadar individu dijangkiti di seluruh dunia, jumlah wanita mengandung yang boleh terkesan dengan perkara ini adalah berkemungkinan sangat tinggi,” katanya.

Bulan lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata wanita yang melahirkan anak dan dijangkiti COVID-19, boleh terus menyusu bayinya.

BACA: Tengah Sarat Mengandung Pun Suara Sedap Vokal Shila Amzah Tak Berubah

Walaupun angka penularan COVID 19 di Malaysia sudah semakin menurun, namun ia bukanlah alasan untuk kita mengambil mudah tentang keselamatan dan langkah pencegahan. Ibu mengandung disaran untuk tidak mengunjungi tempat awam yang sesak. Sama-samalah kita menjaga kesihatan untuk ibu mengandung dan anak yang bakal lahir ke dunia.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna