Aduh Tak Laratnya! Macam Mana Nak Bersenam Ketika Berpuasa?

Tak masuk akal? Eh mana boleh bersenam ketika bulan puasa.

Nanti dulu, ramai yang beranggapan dan menjadikan alasan ketika bulan puasa anda tidak boleh bersenam dan melakukan riadah sama ada pada waktu pagi mahupun petang. Sebenarnya bersenam ketika bulan puasa lebih memberi kesegaran kepada tubuh badan anda dan membuatkan anda bertenaga untuk berpuasa pada keesokan hari. Ini kerana jika anda bersenam ia akan membantu melancarkan peredaran darah dan membekalkan oksigen yang cukup pada otak anda.

Related image

Sumber: freeform

Menurut Mohd Firdaus Akhimullah jurulatih Surefit Malaysia, ramai yang menjadikan bulan ramadan sebagai bulan hanya untuk fokus kepada ibadah semata-mata sehingga mengabaikan aktiviti kecergasan. Pemakanan yang baik dan juga senaman perlu dilakukan kerana ia akan menjadikan tubuh badan anda lebih cergas untuk melakukan ibadah dengan sempurna. 

Related image

Tidak ada masalah bagi anda yang ingin bersenam, tetapi anda harus pastikan keadaan tubuh badan anda untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Elakkan bersenam dengan melakukan aktiviti yang terlalu ekstrem sehingga boleh menjejaskan puasa dan kesihatan anda. Bersenam secara bersederhana seperti berjalan atau jogging sudah untuk meningkatkan stamina anda.

Related image

Sumber: ravisly

Waktu yang sesuai untuk anda bersenam ketika bulan puasa adalah sebelum berbuka, ambil masa 30 hingga 45 minit. Selepas anda selesai menunaikan solat terawih juga adalah waktu yang sesuai, jadi ajak lah rakan atau pasangan anda bersenam bersama. Mudah kan?

 

Sumber: malaysia

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna