Aduh, Ada Pula Yang Minum ‘Hand Sanitizer’!

Dalam situasi sekarang, kita memang akan lakukan apa sahaja untuk memastikan kesihatan dan keselamatan ahli keluarga kita. Tak kisahlah daripada pemakaian mask atau mengurangkan aktiviti yang  melibatkan orang ramai. Cumanya, kalau paranoid sampai minum hand sanitizer tu dah kenapa!

Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Amerika (CDC) ada mengeluarkan beberapa kenyataan baru-baru ini apabila terdapat laporan menyatakan empat orang sudah mati akibat minum hand santizer.

BACA: Jangan Bagi Muka! Contohi Cara Jepun Handle& Pemandu Mabuk

via GIPHY

Sejak 1 Mei lalu. 15 orang di Arizona dan Maxico telah dirawat gara-gara menelan hand sanitizer yang beralkohol. Apa yang lebih menyedihkan ialah tiga orang daripada pesakit tersebut mengalami kerosakkan penglihatan.

Ini kerana, bahan yang ditelan ialah metanol iaitu bahan  yang sama  digunakan di dalam produk bahan bakar, antibeku, pelarut industri, dan pencuci tangan. Sebab itulah bahan hand sanitizer yang mengandungi matenol dilarang digunakan sebelum ini.

BACA: Pening Anak Asyik Bergaduh Sesama Sendiri? Ini Cara Nak Handle

Perlu ditekankan bahawa hand sanitizer yang berasaskan alkohol tidak boleh ditelan apalagi jika ia mengandungi metanol dan etanol. Jika tersilap langkah, anda bakal berhadapan dengan pening, muntah, sakit perut dan rasa tak stabil.

via GIPHY

Ramai yang ingat tak ada masalah kalau nak telan hand sanitizer kalau rindu nak minum minuman beralkohol. Tapi sebenarnya perbuatan ini sangat salah! Bukan itu sahaja, anda juga diingatkan untuk memastikan bahan tersebut berada di tempat selamat yang tidak dapat disentuh oleh anak-anak anda tanpa pengawasan orang dewasa.  Bahaya tau!

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna