Adegan Lawan Mulut Hobbs Dan Shaw Dalam Filem Fast & Furious Cipta Unsur Komedi

Saat yang dinanti-nantikan buat para peminat filem siri terbaru Fast & Furious akhirnya datang kembali dengan menampilkan dua gabungan pelakon hebat iaitu ‘The Rock’ atau nama sebenar Dwayne Johnson dan Jason Statham. Haa mungkin ramai yang tak sabar nak tengok kan? Apa kata Donna cerita sedikit sinopsis tentang filem ini.

Disebabkan satu virus telah merebak ke dalam badan Hattie iaitu adik kepada Shaw, akhirnya The Rock terpaksa bekerjasama sama dengannya untuk menentang Brixton yang dianggap ‘superhuman’ kerana dia mempunyai mesin untuk mengeluarkan virus tersebut. Woah! Memang penuh aksi cerita ni, walaupun berdurasi selama dua jam 16 minit tapi confirm anda akan layan habis kerana jalan ceritanya sangat straight foward dan tidak ‘meleret’.

Related image

Sumber: flick

Kalau menonton filem ini anda akan dapat lihat kedua-dua watak utama mempunyai satu matlamat yang sama tetapi apabila diminta untuk bekerjasama pasti akan berakhir dengan pergaduhan dan konflik.

Ini bukan filem aksi semata-mata tapi disebabkan wujudnya babak mereka ‘lawan mulut’ membuatkan ramai yang geli hati menontonya kerana ibarat seperti anjing dan kucing yang sedang bergaduh hiks!

Related image

Sumber: entertainment

Okay tak nak jadi spoiler, lebih baik anda ajak satu keluarga untuk menonton filem ini kerana di akhir cerita mempunyai mesej tersirat  tentang hubungan adik beradik yang tidak akan pernah putus. Bagi yang tengah ‘dahaga’ kan filem aksi, anda wajib tonton kerana ia adalah sebuah karya yang bagus dan harus ditonton.

Agak-agak anda team yang mana Hobbs atau Shaw? Haa selamat menonton!

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna