“Adakalanya Kami Juga Menangis,”- Ini Luahan Hati Petugas Barisan Hadapan

“Aduh PKP sambung lagi. Dah bosan duduk rumah tak tau nak buat apa”

Mugkin kita semua mengeluh mengenangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan. Kita pun masuk ke bilik sambung tidur atau tengok filem di Netflix. Kalau dan petang, barulah fikir nak masak apa dengan keluarga.

Namun, tahukan anda, di hospital, petugas barisan hadapan kita bertarung nyawa untuk menguruskan pesakit yang dijangkiti Covid-19. Ada yang sampai tak balik rumah sebab takut virus tertular kepada anak-anak. Ada juga yang terpaksa larikan diri dari pandangan anak-anak mereka.

BACA:Bersyukur Aku Di Malaysia; Cuba Lihat Cara Negara Luar Perangi COV

Sumber: Mstar

Misalnya Mohd Aizuddin yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Unit Isolasi Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Jaafar.

“Bila balik kerja, anak bongsu saya berumur 8 bukan akan merangkak minta dukung. Tapi saya terpaksa larikan diri sebab perlu mandi untuk pastikan semuanya selamat,”

Bukan itu sahaja, anak-anaknya yang lain juga mengadu kenapa dia pulang lewat sampai susah nak jumpa.

BACA: Berkerusi Roda Beli Bekalan Makcik OKU Dibantu Frontliners Buat Netizen Sebak

Kerana dia isteri masing-masing bergelar petugas barisan hadapan, makan anak-anak terpaksa dihantar ke rumah saudara. Mungkin orang lain ada masa nak ajar dan luangkan masa bersama anak-anak PKP ini. Namun, ia bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan oleh petugas medik di hospital.

Sumber: Mstar

Masa untuk diri sendiri pun kadang-kala tak sempat, apalagi untuk meluangkan masa dengan anak-anak macam orang lain. Apakan daya, negara lebih memerlukan mereka.

“Setiap hari rasa takut dan bimbang. Paling takut kalau terbawa virus ke rumah dan membahayakan anak-anak,”

Aizuddin juga turut berharap agar rakyat Malaysia memberikan kerjasama untuk rakyat dan negara.

“Kami bukanlah wira. Ada ketikanya kami juga menangis apabila terpaksa meninggalkan orang tersayang. 

Patuhilah arahan dan saranan kerajaan untuk duduk rumah, dan bantulah berjuang menentang wabak ini,”

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melakukan usaha yang paling baik untuk mengekang penularan. Tapi semua ini tak akan menjadi kalau ada yang masih berdegil dan ingkar arahan PKP.

Sumber: Mstar

Marilah bantu petugas hadapan kita dengan duduk rumah. Semoga wabak ini akan hilang secepat mungkin dan mereka boleh pulang memeluk keluarga mereka seperti biasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Mstar

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna