Ada Wanita Dilahirkan Tanpa Dara? Ini Fakta Tentang Selaput Dara!

Asal tak berdarah je dah takde dara bermakna sudah tidak suci. Alahaai, apa yang anda tahu pasal dara?”

Itulah streotaip bagi sesetengah individu yang mentalitinya masih lagi berada di takuk lama sedangkan sekarang kita sudah berada di era baru di mana lebih banyak ilmu boleh didapati dengan hanya di jari malah lebih ramai orang sudah berfikiran lebih terbuka, mencari fakta, telus dan matang.

Sedih bila masih ada lagi yang beranggapan mereka yang sudah tidak berdara bermakna sudah tidak suci. Walhal, itu bukan satu pengukur jika dilihat dari sudut pandang kajian saintifik.

via GIPHY

Ada wanita tak ada dara?

Perkara ini turut disokong oleh seorang doktor Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr. Muhammad Izzat tentang fakta dara. Katanya, ada segelintir wanita yang dilahirkan tanpa selaput dara.

“Jika tiada selaput dara atau selaput dara sudah pecah, itu adalah perkara yang amat biasa berlaku dan tak bermakna seorang perempuan atau gadis itu pernah melakukan hubungan seks.

Hal ini kerana ciri-ciri selaput dara bukan keras tetapi sangat lembut dan mudah regang. Jadi, bila melakukan aktiviti lasak atau jatuh dengan teruk, dara sedia ada boleh jadi besar ataupun terkoyak sedikit. Koyakan selaput dara juga boleh terjadi walaupun bukan dengan melakukan hubungan kelamin.

via GIPHY

Buat seks pun ada dara lagi!

Malah, ada juga segelintir wanita yang pernah melakukan hubungan seks tapi selaput dara tak pecah sepenuhnya kerana lubang yang ada itu hanya membesar saja. Erti kata lain boleh dikatakan selaput daranya masih elok dan kekal sempurna ada,” jelasnya.

Beliau turut menambah koyakan yang terjadi bahagian faraj disebabkan jari, timun, jatuh sama sekali tidak dapat dikenal pasti Cuma, boleh dikonklusikan hanya disebabkan oleh objek tumpul sahaja.

via GIPHY

Kesimpulan yang dapat dilakukan oleh doktor itu sendiri adalah dara atau tidak seseorang gadis tu, hanya tuan punya badan sahaja yang tahu.

Pesanan dari sis buat wanita di luar sana, jagalah kehormatan diri anda sebaik yang mungkin dan buat anda yang bergelar lelaki pula, bacalah sebanyak mungkin mengenai wanita kerana banyak lagi yang anda tidak tahu tau! Jangan main tuduh sebarangan, NO.. NO.. NO!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gara-Gara Selaput Dara Tak Berdarah, Suami Minta Ujian DNA Anak Baru Lahir

Apa Dah Jadi Ni? Mufti WP Sarankan Kita Tonton Siri Netflix!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna