Ada Duit Atau Tidak, Ini 7 Perkara Wajib Suami Perlu Beri Kepada Isteri

Saya tak ada duit nak belikan awak baju, awak kena la faham sikit keadaan saya sekarang ni”

Itulah realiti bila sudah mendirikan rumah tangga yang kebanyakan orang kita amalkan. Si isteri perlu memahami keadaan suami apabila suaminya kekurangan duit. Hakikatnya, jika dilihat pada pandangan Islam, sebenarnya suami wajib memberi nafkah dari segi pakaian, makanan dan tempat tinggal.

Sekurang-sekurangnya, pergi uptown, pasar karat atau pasar malam untuk belikan pakaian isteri seperti tudung, seluar, handsock, scarf tudung atau baju. Tak pelu pergi ke shopping mall pun untuk beli keperluan tu semua. Berbelanja mengikut kemampuan. Bukan apa, ramai yang pandang remeh tentang hal ini.

Sumber: unsplash

Berdosa jika suami gagal menjalankan tanggungjawabnya. Jadi, kami ingin kongsikan disini dengan anda perkongsian daripada seorang pendakwah bebas, Ustaz Badlishah tentang kewajipan seorang suami yang perlu dia berikan pada isteri walaupun ketiadaan duit dan dia wajib usahakan apa cara sekalipun.

Sumber: twitter

Antaranya….

  1. Beri makan
  2. Pakaian.
  3. Tempat tinggal.
  4. Menyediakan perkakas rumah.
  5. Menyediakan pembantu atau membantu isteri melakukan kerja rumah.
  6. Barangan membersih badan seperti sikat, sabun, syampu atau minyak wangi.
  7. Bahan-bahan memasak asas seperti gula, minyak masak, garam, beras dan sebagainya.

Mungkin ada yang menganggap suami akan terbeban tapi percayalah, jika niat seorang suami ikhlas ingin berkongsi rezeki dengan isteri dan anak-anak, pasti Allah akan murahkan rezeki dan mudahkan urusan. Percayalah!

Untuk bacaan lebih menarik, klik senarai artikel berikut:

Tetap Jatuh Nusyuz Walaupun Mertua Bawa Isteri Keluar Tanpa Kebenaran Suami?

5 Kali Suami Kantoi Curang, Wanita Ini Bertahan Sepanjang 25 Tahun Perkahwinan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: UstazBadlishah

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna