“Ada Benda Lagi Penting” – Caprice Minta Netizen Henti Cakap Pasal Emma Maembong

Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli adalah satu nama yang tak asing lagi dalam dunia nyanyian rap. Malah, namanya mula dikenali ramai apabila sering mengeluarkan pandangan dan nasihatnya tentang isu semasa menerusi video pendek di akaun Instagram miliknya.

Baru-baru ini, sekali lagi beliau telah memuat naik sebuah video tentang isu hangat tentang keputusan pelakon Emma Maembong untuk tidak berhijab. Menurut kenyataan Caprice menerusi video tersebut, sebolehnya dia tidak mahu buka topik ini tetapi, atas permintaan ramai, dia perlu membuat keterangan juga.

Hal ini kerana perkara wajib tak boleh dibincangkan. Untuk melihat video tersebut, anda boleh lihat di bawah…

View this post on Instagram

Bende yang wajib tak boleh discuss, tak boleh debate.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Tambah penyanyi rap itu lagi, benda yang wajib sememangnya tak boleh dibincangkan kerana harus dipatuhi tapi dia sendiri tidak faham mengapa orang ramai mengetengahkan isu ini sedangkan ada banyak lagi perkara yang sepatutnya kita semua bincangkan.

Katanya lagi, isu Emma Maembong buka tudung hanyalah kesilapan manusia yang perlu kita bimbing dirinya. Jika benar-benar ambil berat tentang Islam, netizen harus melihat perkara seperti Sekolah Tahfiz memerlukan wang, peperangan di negara Pakistan dan Syria.

Seperti biasa, posting tersebut dibanjiri lebih 1,400 komen dari pengguna media sosial. Rata-rata daripada mereka bersetuju dengan kenyataan Caprice.

 

 

 

 

 

Sumber: Caprice

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna