Abang Tidak Berputus Asa Mencari Acap Yang Hilang Tanpa Jejak

Kehilangan yang masih kekal misteri sehingga kini. Mohammad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap yang dilaporkan hilang pada 23 Mac 2019 itu, masih lagi tidak ditemui sehingga hari ini.

Acap yang menyertai Gopeng Ultra Trail 2019 pada ketika itu dilaporkan hilang dan hanya meninggalkan satu petunjuk iaitu botol minuman airnya. Misi pencarian Mohammad Ashraf itu pernah melibatkan beberapa pihak berkuasa seperti Bomba dan juga PDRM.

Sehingga kini, abang kepada Acap yang bernama Mohd Zahiruddin masih tidak pernah berhenti mencari adiknya itu dan sentiasa berdoakan agar ditemui semula. Selain dari itu, keluarga Acap juga tidak pernah berhenti berdoa untuk memohon petunjuk akan kehilangannya itu serta terus berusaha untuk mencarinya.

Foto: Harian Metro

Dalam pada masa yang sama, kata-kata semangat serta sokongan menjadi punca untuk meneruskan misi pencariannya dan menurut Mohd Zahiruddin, selagi mempunyai tenaga, ruang masa dan waktu, serta kesihatan diri, beliau akan tetapi terus berusaha untuk mencari Acap.

Kehilangan Acap dikatakan sangat terasa lebih-lebih lagi apabila beliau merupakan anak yang rapat dengan keluarga. Di samping itu, sepanjang pencarian Acap, abangnya juga berdoa semoga kes sebegini tidak lagi akan menimpa orang lain.

Foto:Ohbulan

Kerana tidak mahu ibunya sedih akan dugaanya yang cukup berat. Abang kepada Acap itu meneruskan misi pencariannya sebelum ini namun dihentikan seketika kerana akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dirinya kuat untuk meneruskan misi pencarian adiknya itu kerana kasih seorang ibu kepada anak. Donna sangat bersimpati akan nasib yang menimpa keluarga Acap ini dan semoga segala urusan pencarian dipermudahkan. Mari kita sama-sama doakan semoga Acap ditemui.

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna