“Abang Saya Sendiri Buka Seluar Saya Dan …”- Akibat Ketagih Video Lucah Adik Kandung Jadi Mangsa

Ibarat syaitan bertopengkan manusia, bagaimana perasaan apabila salah seorang ahli keluarga anda telah membunuh kepercayaan dengan melakukan perbuatan terkutuk terhadap diri anda hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah. Tergamak seorang lelaki telah mengambil kesempatan ke atas adik kandungnya sendiri sejak dia berusia 9 tahun lagi akibat daripada ketagih dengan video lucah yang ditontonnya.

Penyampai Kool FM baru-baru ini berpeluang untuk mendengar luahan seorang wanita yang kini sudah berusia 20 tahun dan telah ditempatkan ke pusat pemulihan Raudhatus Sakinah untuk membantu dia kembali kepada kehidupan yang asal dan selamat. Diharapkan perkongsian ini dapat menjadi iktibar buat wanita di luar sana dan lebih berhati-hati menjaga diri agar tidak mudah terjerumus dengan perkara seperti ini.

Image result for abang rogol adik

Sumber: peraktoday

Pernah Terlanjur Dengan Pasangan

Jika sebelum ini pernah terlanjur dengan pasangannya dan telah melahirkan seorang anak luar nikah, wanita ini kongsi dia telah didera secara seksual oleh abang kandungnya sendiri sejak kecil lagi. Dikatakan sewaktu kakak mangsa berpindah ke universiti, abang wanita tersebut mula menyentuh dan berpegang-pegang bahagian badannya tanpa ada rasa segan silu.

Niat untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik, namun peristiwa hitam yang berlaku pada wanita ini pasti masih terpahat dalam hatinya. Apa yang meruntun hati, apabila perkara tersebut berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mereka abangnya bertindak lebih agresif sewaktu dia tidur.  Perkara tersebut cuba diberitahu kepada kakak wanita itu tetapi malangnya kakak mangsa tidak pernah percaya akan berita itu.

“Abang tidur dekat ruang tamu, abang pernah buka seluar lepas tu dia pernah jilat saya punya. Lagi teruk masa saya tengah tidur, dia buka seluar dia dan dia suruh pegang dia punya tu…

” Dia buat macamtu sampai umur saya 18 tahun, tapi masa saya masuk sekolah rendah saya berada dalam asrama”

Image result for sex abuse

Sumber: newyork

Kesan Penderaan Seksual

Akibat daripada kejadian tersebut, wanita ini bersikap pasif dan berdiam diri. Baginya pusat Raudhatus Sakinah banyak membantu diri untuk kembali ke jalan yang lebih cerah. Mungkin perasaan dendam tu masih menyelubungi wanita ini, tetapi lama kelamaaan dia redha atas segala apa yang telah terjadi terhadap dirinya.

Harapan wanita ini agar setiap individu di luar sana tidak berkelakuan seperti abangnya, keluarga adalah tempat untuk berlindung. Siapa lagi kalau bukan mereka? Mungkin kisah seperti di atas jarang sekali anda akan nampak di depan mata, tetapi dengan perkongsian ini sangat menyentuh hati apabila seorang wanita terpaksa melalui hari-hari yang sukar tanpa sokongan daripada keluarga.

Jadi tidak kira siapa pun, anda harus membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya ia berlaku kepada diri anda atau ahli keluarga yang lain. Jangan pernah menafikan atau menidakkan kenyataan sekiranya salah seorang daripada keluarga anda melakukan perbuatan seperti itu.

Ikuti perbualan lanjut dengan menonton video di bawah:

 

 

 

 

 

Untuk artikel yang lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Takut Nak Makan Pil Perancang Keluarga Kerana Terlalu Percayakan Mitos?

 

 

 

 

 

Sumber: Kool TV

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna