78 Peratus Wanita Tidak Menjaga Kesihatan Bila Terlampau Utamakan Keluarga

Selalunya perkara pertama yang anda fikirkan setelah balik ke rumah selepas penat bekerja adalah menu apa yang perlu dimasak jika sudah berkeluarga. Usai memasak, hal anak-anak seperti membersihkan mereka, melayan karenah dan menidurkan mereka pula perlu dilakukan. Bila anak-anak dah tidur, mulalah kepala ni ligat berfikir masa itulah yang paling sesuai untuk mengemas rumah apa yang patut. Bila dah penat, akhirnya anda akan terlelap dan rutin yang sama perlu dilakukan hari ke hari. Pernahkah anda terfikir, berapa kali yang sebenarnya anda benar-benar fikirkan tentang soal menjaga diri anda sendiri?

Bila kali terakhir anda lakukan pemeriksaan kesihatan terhadap diri sendiri? Jika suplemen tambahan untuk anak berbotol-botol sanggup dibeli, bagaimana pula dengan suplemen tambahan untuk anda yang mungkin semakin menghampiri saat menopause?

Image result for women multi tasking

Sumber: dailyexpress

Satu laporan kajian telah dijalankan oleh HealthWomen dan Working Mother, menunjukkan sebanyak 78 peratus para ibu yang menyatakan bahawa mereka mengabaikan kesihatan kerana terlalu sibuk menjaga orang yang mereka sayang iaitu keluarga.

Image result for women multi tasking

Sumber: leads

Apabila ditanya tentang keutamaan mereka menghabiskan masa dengan siapa, mereka menjawab anak-anak kemudian diikuti dengan binatang peliharaan, saudara mara dan rakan sekerja. Penjagaan diri adalah satu perkara keperluan, bukan untuk satu kepuasan. Setuju tak? Sebagai wanita penting untuk anda melakukan penjagaan diri walaupun sibuk mengutamakan keluarga. Ini kerana, jika anda dapat memberi masa dan ruang kepada diri anda, maka secara tidak langsung anda dapat fokus dalam menjaga rutin harian keluarga anda.

Bukan itu sahaja, seramai 2000 ribu pasangan ibu bapa telah dikaji selidik mendapati bahawa purata harian menunjukkan mereka hanya dapat ‘me time’ selama 32 minit sahaja. Kalau diri sendiri pun dapat masa hanya setengah jam macam nak kekal berfungsi seperti orang lain? Silap-silap nanti dapat penyakit pula, mengutamakan keluarga memang perkara yang penting tapi jangan sampai abaikan kesihatan diri ye.

Jom lihat apa tip kekal sihat walau umur sudah 30-an atau 40-an:

Kurangkan angkat barangan berat

Jika dulu masa muda anda tak kisah, tapi kini anda perlu kisah. Jaga kaki dan tulang belakang mulai sekarang. Kaki dan tulang belakang penyokong utama keseimbangan tubuh badan. Dengan kaki yang sihat anda boleh berjalan. Dengan tulang belakang yang kuat, ia menyokong berat badan anda untuk melakukan sebarang aktiviti. Mengangkat benda-benda berat  boleh menyebabkan kecederaan pada tulang belakang. Kecederaan tulang belakang sukar untuk dirawati dan memakan masa.

Awas Jangan Mudah Stres!

Awasi tanda-tanda penyakit stres dan depresi. Antara simptomnya ialah seseorang mengalami rasa takut, bimbang, cemas dan sedih secara berlarutan tanpa menunjukkan tanda-tanda sembuh. Selain itu, ia menyebabkan berlaku perubahan sikap seperti hilang tumpuan, hilang minat terhadap kehidupan, hilang selera makan, kurang bertenaga, murung dan sebagainya. Jika anda perasan symptom ini, rujuklah kepada doktor.

Jaga Keanjalan Payudara

Masalah utama yang selalu dihadapi wanita semakin meningkat usia adalah payudara yang kendur dan tidak lagi anjal. Ini adalah disebabkan lemak yang telah mengambil alih dan berkumpul pada tisu payudara. Amalkan postur badan yang baik semasa duduk dan berdiri mulai dari sekarang. Selain itu, pastikan pemilihan coli disesuaikan mengikut bentuk dan keselesaan payudara. Pilihan coli yang tepat amat penting dalam menyokong payudara dan tulang belakang.

Ini baru sikit yang kami kongsikan. Baca lebih banyak lagi tip sihat untuk wanita di bawah ini:

Inginkan Miss V Yang Sihat? Lakukan 2 Jenis Senaman Ini

Walaupun Demam Tetap Perlu Makan. 11 Hidangan Ini Bantu Pulihkan Kesihatan Anda

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: 100comentsgoodhousekeeping,

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna