73 Peratus Wanita Tak Puas Bersama Pasangan, Apa Tindakan Suami?

Topik kali ini agak ‘taboo’ di kalangan masyarakat lagi-lagi dalam garis panduan Islam yang tidak membenarkan para isteri membuka pekung hal-hal di ranjang mahupun rumah tangga kepada orang ramai. Namun, jika dibiarkan kemungkinan timbul masalah besar dalam hubungan.

Menurut pakar seksologi Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr Rosie King berkata, peratusan itu menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks diperoleh di Asia Pasifik. Katanya, fenomena itu berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.

Sumber: urbandigital

Malah, kajian dilakukan di 13 negara dari kawasan Asia Pasifik, termasuk Malaysia dengan taburan responden sebanyak 328 lelaki dan 250 wanita. Di negara ini, kajian mendapati 73 peratus wanita Malaysia tidak puas dalam hubungan seks mereka, 62 peratus lelaki turut dikatakan tidak puas.

Perasaan kecewa, berlaku apabila naluri skesual mereka sedang hangat memuncak, tiba-tiba dimatikan oleh si suami yang mengalami masalah pancutan awal. Pasti anda tidak percaya wujud masalah ini di kalangan wanita.

Apakah ini perkara ini boleh dipandang enteng? Sebagai wanita yang inginkan kepuasan dalam melakukan hubungan intim dan dalam pada masa yang sama untuk menyelamatkan hubungan perkahwinan. Mungkin anda boleh praktikkan dan minta suami anda lakukan perkara ini.

  1. Cuba mengalihkan perhatian kepada hal-hal lain ketika melakukan hubungan intim bersama isteri. Misalnya, ketika hampir melakukan pancutan, cuba memikirkan masalah tempat kerja, kewangan, musuh atau masalah berat untuk mengelakkan pancutan itu.
  2. Memperlahankan gerakan tusukan zakar ke dalam faraj sambil menarik nafas yang dalam ketika ingin melakukan pancutan.
  3. Sengaja mengeluarkan air mani dengan cara onani beberapa jam sebelum melakukan hubungan intim dengan isteri kemudian, pakai beberapa lapisan kondom.
  4. Memuaskan nafsu isteri terlebih dahulu sehingga mereka mencapai tahap klimaks dengan cara onani seperti  menjilat kemaluan isteri, fingering dan foreplay. Pastikan lakukan dengan penuh kasih sayang.
  5. Selepas melakukan hubungan intim, lakukan afterplay di mana meluahkan apa yang anda rasa ketika melakukan hubungan initm. Waktu ini adalah waktu yang amat sesuai untuk bercakap dari hati ke hati.

Sumber: beritaonline

Tip-tip ini dikongsikan oleh Pegawai Perubatan Senior iaitu Dr Zubaidi Bin Haji Ahmad.

Ingatlah, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Tak perlu mewawarkan pada semua orang terutamanya di  media sosial. Apa yang anda boleh buat untuk menyelamatkan hubungan kelamin adalah berbincang dengan pasangan anda supaya dapat menyelamatkan hubungan anda.

 

 

 

 

Sumber: blogdrzubaidi , LPPKN

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna