6 Tip Solekan Yang Menyenangkan Wanita

Bagi mereka, mempunyai wajah yang cantik dengan solekan mampu meningkatkan keyakinan diri mereka apabila berhadapan dengan orang. Oleh itu, kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan.

Wanita sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan cantik, sama ada demi kepuasan diri atau ingin kelihatan cantik di hadapan orang lain. Namun, adakah anda mengetahui untuk kelihatan cantik perlukan kepakaran dalam bidang solekan?

Bukan saja mengetahui cara solekan yang betul, malah mengetahui trick solekan adalah perkara wajib untuk wanita tahu supaya solekan tahan lama dan memudahkan anda ketika bersolek.

Jadi, Donna nak kongsi dengan anda 6 tip yang anda perlu wanita di luar sana tahu tentang trick bahan solekan yang mampu menyenangkan anda!

Pensil penggaris mata

Sumber: pinterest

Jika anda pernah membeli penggaris mata atau eyeliner jenis kolh eye pencil yang agak menyukarkan anda untuk membuat garisan pada mata, gunakan cara ini.

  1. Panaskan batang penggaris mata pensil dengan menggunakan lighter atau apa-apa bahan api selama beberapa saat.
  2. Biarkan ia sejuk selama 15 saat.
  3. Kemudian, gariskan pada mata anda dan lihat kesenangan anda ketika melukis garisan.

Baca juga artikel tentang Tahu Tak Perbezaan 4 Jenis Eyeliner ni?

Smokey effect

Sumber: pinterest

Untuk membuat kelopak mata anda mempunyai impak smokey eye, sangat mudah!

  1. Lukiskan hashtag pada kelopak mata di hujung kelopak mata.
  2. Ratakan dengan berus sehingga menjadi impak smokey pada bahagian mata hujung mata.

Maskara kering?

Sumber: pinterest

Selalunya bahan solekan maskara akan bertahan selama 3 bulan saja. Lebih daripada itu, ia akan menyebabkan pengumpulan bakteria sehingga menyebabkan mata anda boleh terkena jangkitan kuman.

Malah, serba sedikit ia mampu mengeringkan mascara anda. Rugilah macam tu! Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, anda boleh mencampurkan dua titik saline (air contact lens) di dalam mascara.

Pengetip bulu mata

Sumber: pinterest

Untuk memudahkan anda melentikkan bulu mata dan kekal lentik dalam tempoh masa yang panjang menggunakan pengetip bulu mata, apa yang anda perlu buat adalah sama saja konsep seperti mengkrintingkan rambut menggunakan curly iron.

  1. Panaskan pengetip bulu mata menggunakan mesin pengering rambut.
  2. Biarkan ia sehingga suam-suam kuku.
  3. Kemudian, ketip bulu mata anda untuk lentikkan bulu mata!

Bulu mata palsu

Sumber: pinterest

Susah nak letak gam pada bulu mata palsu? Mudah saja! Gunakan penyepit rambut yang kecil untuk meratakan gam, biarkan beberapa saat dan pakai!

Untuk lipstick tahan lama

Sumber: pinterest

Untuk memastikan lipstick anda tahan lama atau anda terpakai lipstick yang sangat cerah tetapi ingin memudarkannya sedikit, sangat mudah! Tak perlu sapu make up remover. Hanya menggunakan tisu saja.

Tetapi, trick solekan yang terakhir ini mungkin agak sukar tetapi percayalah, ia sangat berbaloi!

  1. Ambil lapisan tisu,
  2. Tekapkan pada bibir
  3. Tap pada bibir menggunakan berus.
  4. Sipa!

Donna harap, artikel ini dapat memberi manfaat kepada wanita di luar sana! Selamat bersolek!

 

 

Sumber: cosmopolitan

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna