6 Tip Kali Pertama Melakukan Seks

Alamak! Macam mana nak hadap malam pertama dengan dia ni? Rasa malu pulak!”

Ya! Tekanan dan stress akan timbul jika anda baru saja pertama kali melakukan seks. Tidak kiralah sudah biasa atau tidak, pasti pelbagai perasaan akan timbul. Iyalah, kali pertama dan saat yang di nanti-nantikan telah tiba!

Yang pasti, anda jangan ego untuk memulakan langkah kerana inilah masanya anda menunjukkan bahawa anda memang rela untuk bersama susah senang dengan pasangan. Jika anda inginkannya, teruskan je! Buat apa tunggu lagi?

via GIPHY

Tetapi, bila dah nama pun kali pertama pengalaman melakukan seks, pasti pergerakkan ketika melakukan hubungan intim sangat terbatas dan awkward kerana masih tidak arif lagi tentang sentuhan dan merasa malu-malu.

Selalunya, situasi ini berlaku ketika malam pertama perkahwinan tapi, jangan risau situasi ini tak akan jadi halangan untuk anda melakukan seks sebab seks adalah fitrah manusia. Semua orang bernafsu tapi malu dan tak tahu nak melakukannya. Kali pertamalah katakan!

Sumber: redaksi

Oleh itu, Vanessa Marin seorang pakar terapi seks dan Nicole Tammelleo seorang psikoterapi telah berkongsi panduan melakukan seks pada kali pertama.

Jangan fikir sakit

Menurut Tammelleo, ramai wanita berfikir mereka akan berasa sakit di bahagian faraj apabila pada kali pertama melakukan seks tetapi, sebenarnya melakukan seks tidak sakit. Kepada yang merasa sakit, mungkin mereka buat secara tidak sukarela.

Sehinggakan ada yang mengatakan sakitnya seperti baling batu-bata merah. Tidak sema sekali! Jika anda merasa sakit setiap kali melakukan seks, anda harus berjumpa dengan doktor.

Jangan menipu

Sumber: flickr

Biasalah kalau dah takut rasa sakit, anda mesti rasa semua benda nak cepat dan takut nak nak menghadapi apa yang akan datang. Sampaikan bila anda tak rasa nikmat seks pun anda tidak memberitahu pasangan anda.

Menurut Tammelleo lagi, jika anda tidak berterus terang dengan pasangan anda bahawa anda tidak merasai nikmat seks, ia akan mendatangkan keburukkan kepada hubungan anda. Kemungkinan besar perkara ini akan berlarutan sehingga boleh mengakibatkan perpisahan.

Ingat! Jangan sesekali membandingkan orang lain dan pasangan anda

Lelaki pantang bila anda mula membandingkan dirinya dengan orang lain. Mood mereka terus down! Walaupun anda sudah mempunyai sedikit berpengalaman dalam hal ini, anda perlu menghormati pasangan anda yang baru saja melakukan seks.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku cuba anda menegur mereka dengan menggunakan bahasa yang lembut dan tersusun. Mesti pasangan anda boleh menerima.

Pastikan emosi stabil

Sumber: pexels

Sebelum melakukan seks, anda harus memastikan emosi anda dan juga pasangan dalam keadaan merelakan dan stabil. Jika tidak, aktiviti pada malam itu akan menjadi hambar.

Jika pasangan anda masih perlukan masa, apa yang anda perlu buat adalah main tarik tali. Mungkin sikit demi sedikit mereka mula rasa selesa dengan tindakan anda. Kemudian, anda berdua boleh teruskan langkah yang seterusnya. Ingat! Seks tidak perlukan paksaan.

Pentingkan keadaan pasangan anda berbanding pergerakkan

Sumber: bestofme

Jangan terlalu agresif ketika kali pertama melakukan seks. Emosi dan keadaan pasangan anda perlu juga di titik berat supaya aktiviti ketika itu tidak sebelah pihak saja yang seronok melakukannya.

Simpan dulu pergerakkan yang anda ingin lakukan. Esok masih ada. Yang penting, pastikan pasangan anda selesa. Jika boleh, sentiasa berkomunikasi ketika melakukan seks. Tidak melalui percakapan, mata juga boleh menjadi satu alat untuk berkomunikasi.

Dapatkan respon pasangan selepas melakukan seks

Sumber: oprah.com

Selepas melakukan seks, jangan malu untuk meluahkan apa yang anda rasa. Jika anda merasakan posisi tersebut tidak selesa, katakan saja. Pada aktiviti seterusnya, pasti pasangan anda tidak akan melakukan lagi. Komunikasi ini mampu mewujudkan keselesaan anda dan pasangan.

Selain itu, mungkin anda boleh memberitahu pasangan anda posisi mana yang anda suka dan ketahui apa yang mereka perlukan ketika melakukan seks. Serba sedikit, perkara ini boleh membuang rasa malu dan merapatkan lagi hubungan anda berdua.

Semoga tip Donna ini dapat membantu kepada siapa yang bakal menghadapi malam pertama! Semoga berjaya!

 

Dapatkan promosi menarik produk penjagaan muka dengan hanya klik di link ini.

 

 

 

 

Sumber: cosmopolitan

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

    • Ikah
    • 20 January 2020
    Reply

    Ntah sapa yg ckp sex tu sakit…sy buat x sakit pon, tapi macam pedih mgkin kurang air mybee

      • Afiqa Sarif
      • 19 February 2020
      Reply

      Lain orang lain pengalaman mereka, ihiks! Rasa sakit tu salah satu berpunca kerana hati tidak rela

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna