6 Perkara Wanita Dalam 30-an Perlu Buat Sebelum 9 Pagi

Selepas memasuki fasa 30-an tentu banyak rutin hidup yang telah kita cuba kita praktikan. Namun sejauh mana keberkesanannya? Ayuh Donna bantu anda. Berikut adalah 6 perkara yang boleh dijadikan panduan dalam memulakan hari anda : 

6 pagi – Rise & Shine! Good morning. 

Nak bangun pagi tu kadang-kadang adalah satu penyiksaan bukan? Lebih-lebih lagi kalau hari Isnin? Monday Blues terus menyerang hanya selepas bunyi alarm clock yang pertama. Usah bimbang, ambil masa seketika bangun perlahan-lahan dari katil dan buka langsir anda. Biarkan udara dari luar ‘menampar’ lembut wajah anda. 

6.05 pagi – Segelas Air Lemon

Ayuh singkirkan toksin di dalam badan dengan mengambil segelas air lemon selepas bangun tidur. Sebaiknya dinikmati pada suhu bilik namun jangan lupa, proses detoksifikasi hanya akan berkesan dengan pengambilan air dengan jumlah yang betul iaitu 8 gelas sehari. Cubalah, anda pasti merasa lebih bersemangat dan ‘ringan’ badan.

7.15 pagi – Senaman Kardio

Ambil sedikit masa untuk melakukan senaman kardio yang bukan sahaja menyihatkan malah dapat merangsang hormon serta meningkatkan metabolisma. Anda juga dapat mengurangkan stress sebelum mengharungi hari penuh cabaran di tempat kerja. Mulakan dengan senaman berintensiti rendah dahulu supaya badan anda tidak terkejut. 

7.40 pagi – Pelembap Kulit

Jangan sesekali melangkah keluar tanpa mengenakan pelembap kulit dan krim pelindung matahari. Bayangkan pada usia 30an, kamu masih lagi mengabaikan penjagaan wajah. Oh no! Jangan nampak lebih tua dari usia sebenarnya. Tidak perlu berhabis ratusan ringgit untuk alat mekap bagi menutup cela jika kita boleh merawatnya dari dalam. Pastikan anda membeli produk pelembap yang bersesuain dengan kulit wajah. Yelah ada orang dilahirkan dengan kulit normal, ada yang menghadapi masalah tona tidak sekata dan kering. Ingat, iritasi wajah biasanya terjadi jika kita tersalah memilih produk. 

7.45 pagi – Mulakan Harimu Dengan Sarapan

Jadual yang padat bukanlah alasan untuk tidak bersarapan, sebaliknya cuba cari alternatif sarapan yang mudah seperti overnight oats atau sekadar merebus telur. Berkerja dengan perut kosong hanya akan menyebabkan kamu berasa lemau tidak berdaya. Elakkan mengambil makanan tinggi karbohidrat atau terlalu manis. Boleh lepak mamak, tapi tidak perlulah hari-hari order roti canai dengan teh tarik je. Breakfast like a king dinner like a beggar itu adalah konsep yang bahaya jika tidak kena dengan caranya. 

8.00 pagi – Bertenang, Tarik Nafas

Sebelum memulakan sebarang aktiviti, pastikan ambil sedikit masa untuk bertenang dan susun jadual kamu agar tidak terkejar-kejar. Senaraikan perkara yang perlu diselesaikan mengikut keutamaan. Jauhi pemikiran negatif dan belajar bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Mulakan harimu dengan harapan, akhiri harimu dengan pengalaman. Sentiasa tersenyum mengharungi cabaran mendatang untuk kekal awet muda.

Menginjak usia bukanlah perkara yang perlu ditakuti, malah kita perlu sentiasa berbangga dan bersyukur kerana tidak semua orang berpeluang menikmatinya. Terima dengan terbuka sebarang perubahan secara fizikal ataupun mental. Jika sebelum ini kita menjalani kehidupan bebas dan serba serbi tidak peduli, pastikan di usia 30an, kehidupan anda lebih teratur serta tenang.

 

Penulis: Aya Rahim

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna