6 Negara Yang Anda Boleh Fikirkan Untuk Mulakan Solo ‘Traveling’ Lepas COVID-19

“Me Time” tak hanya minum di kafe kesukaan kita sendirian atau duduk di dalam bilik sambil layan siri kesukaan kita di Netflix. Travel bersendirian juga adalah sesi me time yang membuat kita bercakap dengan diri sendiri lebih banyak berbanding sebelumnya.

Ia akan menjadikan kita lebih percaya diri dan cepat memikirkan penyelesaian jika berlaku apa-apa yang tidak diingini sepanjang pengembaraan. Lain sikit pengamalan kalau travel dengan kawan-kawan atau keluarga.

Mungkin ada di antara kita yang nak cuba travel sendirian. Jadi, ini adalah 6 negara yang cantik dan selamat buat mereka yang nak cuba travel sendirian lepas COVID19 berakhir.

via GIPHY

Norway

Sumpah Norway punya pemandangan cantik betul. Masa yang paling sesuai nak pergi sini ialah waktu musim panas.

Swiss

Ini juga termasuk negara yang aman di dunia. Kalau anda ke sini, tempat yang wajib pergi ialah air terjun, hutan, dan tasik.

Iceland

Siapa yang suka dengan alam bolehlah ke sini. Di sini memang ada banyak gua, gunung dan gletser yang memang cantik-cantik.

 

View this post on Instagram

 

🇮🇸☁️

A post shared by Chad | Travel | Adventure (@chadtorkelsen) on

Belanda

Bukan ayam belanda yang anda makan dekat mall itu tau. Belanda memang terkenal dengan budaya masyarakat yang ramah. Jadi senanglah kalau nak bertanya atau nak minta tolong mereka.

Vietnam

Ini pun terbaik. Anda boleh mengunjungi Vietnam. Jangan lupa naik perahu dari Ha Long City melalui Bai Tu Long Bay.

Jepun

Apa kata anda ke Kyoto untuk tengok taman-taman dan kuil cantik dekat sini. Aura dia lain macam betul.

Tapi untuk travel solo ini, anda kena pastikan duit dibawa lebih sikit. Sebabnya, kita tak ada kawan untuk kita tong tong duit kalau nak naik pengangkutan. Jadi, untuk travel solo pertama kali, pilihlah negara yang ada kemudahan awam yang mesra pelancong. Jadi, dah boleh menabung perlahan-lahan ya untuk travel solo lepas COVID-19 ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna