6 Kakitangan Perubatan Maut Angkara Covid-19

Dalam ketegangan situasi menghadapi kes wabak viral ini, mereka yang terpaksa berdepan dengan pesakit secara berdepan lebih diancam risiko dan bahaya. Menurut laporan Harian Metro, setakat ini enam kakitangan perubatan di China maut akibat koronavirus baharu (Covid-19), manakala 1,716 orang lagi dijangkiti.

Menurut pegawai kesihatan China, kekurangan alat perlindungan menyebabkan doktor dan jururawat berdepan risiko jangkitan wabak itu. Timbalan Menteri Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China Zeng Yixin mengesahkan, seramai 1,716 kakitangan perubatan dijangkiti di negara itu, setakat Selasa.

Majoriti 1,102 didiagnos dengan wabak itu di Wuhan, tempat tercetusnya epidemik krisis kecemasan global itu. Katanya, 400 kakitangan lagi dijangkiti di kawasan lain di Wilayah Hubei.

Berikutan jumlah pesakit semakin meningkat, ramai doktor di Wuhan terpaksa melihat pesakit tanpa memakai topeng muka dan mulut serta sut perlindungan badan yang lengkap.

Mereka juga dilaporkan menggunakan peralatan sama apabila perlu bergerak ke lokasi lain dengan kerap.

Seorang doktor di sebuah klinik komuniti di Wuhan memberitahu AFP, dia dan sekurang-kurangnya 16 rakannya menunjukkan simptom sama dengan wabak itu termasuk batuk dan jangkitan paru-paru.

Risiko kakitangan perubatan diketengahkan pada 7 Februari lalu selepas seorang doktor, Li Wenliang maut akibat penyakit itu.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna