6 Jenis Azam Popular Setiap Kali Tahun Baru

Azam harus bermula dengan kesedaran.”

Dengan kesedaran, barulah anda boleh menetapkan arah perubahan. Pun begitu, apa pun perubahan yang mahu anda lakukan sebenarnya tidak mudah kerana ia memerlukan kecekalan kekuatan hati dan minda. Setiap kali tiba tahun baru, sering kali orang disekeliling mengaitkannya dengan topik azam baru. Namun, azam sebaik mana pun akan menjadi sia-sia jika hanya disemai di hati tanpa ada sebarang tindakan.

Sumber Foto: 123rf

Seperti lazimnya menjelang tahun baru, setiap individu akan menanam azam dalam diri mereka. Ramai yang mula memikirkan apa yang bakal dilakukan pada tahun baru dan tidak kurang juga yang terus berusaha merealisasikan azam tahun lalu yang masih belum tercapai. Kalau diikutkan azam tidak semestinya hanya diterbitkan dalam setiap orang pada tahun baru sahaja. Ia sepatutnya dilakukan setiap  hari. Ini antara azam-azam yang seringkali anda dengar dan boleh jadi adalah azam anda sendiri saban tahun.

  • Azam Kurus & Turun Berat Badan

Sumber Foto: pexels.com

Azam yang satu ini memang sangat popular diucapkan setiap kali menjelang tahun baru. Yang berbadan kurang menarik pasti memasang azam mahu kurus. Ramai yang benar-benar patuh dengan azam kerana tekad mahu kurus. Namun demikian ramai juga yang hanya setia dengan azam mahu kurus untuk beberapa bulan pertama sahaja dan kembali ‘kelaut’ kerana tidak cekal hati. Apa pun mahu kurus sahaja untuk cantik tidak relevan tetapi apa yang lebih penting ialah kurus dan sihat. Sekiranya anda tidak pernah bersenam, lakukan sekarang. Dari segi pemakanan, anda perlu mengamalkan menu seimbang.

  • Azam Mempunyai Pasangan Hidup & Tamat Zaman Bujang

Sumber Foto: pexels.com

Azam ini juga tidak kurang popularnya. Bagi yang sudah mempunyai pasangan hidup, selalunya mereka berazam untuk menamatkan zaman bujang dengan segera. Namun, kadangkala faktor kewangan menjadi punca azam ini tertangguh. Untuk yang sudah berazam untuk berkahwin tahun 2019 nanti, pastikan anda tekad mengumpul dan mengukuhkan kewangan dengan segera. Sudah boleh belajar untuk berjimat cermat rasanya.

Pada si bujang dan dara yang masih belum berjumpa pasangan yang sesuai pula pastikan ada usaha daripada pihak anda mencari pasangan hidup. Jangan tunggu pasangan jatuh dari langit pula. Selepas puas berusaha, baru anda boleh berserah dan bertawakal pada ketentuan Tuhan. Pada zaman teknologi hari ini, untuk mencari jodoh tidaklah sesukar mana, namun anda harus bijak memilih pasangan agar tidak menyesal di kemudian hari.

  • Azam Naik Pangkat Atau Miliki Kerja Idaman

Sumber Foto: pexels.com

Semua orang ingin mencapai peningkatan dalam kerjaya atau pekerjaan agar kewangan makin kukuh. Inilah masa untuk anda merancang kewangan dengan melebihkan peruntukan tabungan dan mengurangkan perbelanjaan kehendak diri. Dalam pada itu, anda juga boleh memulakan perniagaan atau pekerjaan sampingan untuk menambah kewangan. Tiada yang mustahil sekiranya anda berusaha menjadi lebih baik dan meningkatkan produktiviti kerja.

  • Azam Beli Rumah & Kereta

Sumber Foto: pexels.com

Ada yang mengatakan azam untuk miliki rumah atau kereta idaman tidak seharusnya dimasukkan ke dalam ‘list’ azam anda kerana keadaan ekonomi yang tidak berapa baik. Sebenarnya azam jenis ini masih relevan untuk digerakkan kerana ia bukan setakat melibatkan faktor kewangan sahaja tetapi komitmen individu itu. Jika azam ini tertunai, pasti anda akan berkerja dengan lebih keras kerana perlu memikirkan cara untuk membayar pinjaman yang dilakukan untuk miliki harta idaman anda ini.

  • Azam Kumpul Duit Untuk Melancong

Sumber: pexels.com

Mempunyai azam untuk melancong ke Negara idaman adalah impian setiap orang. Azam ini memang menyeronokkan, kerana selain dapat menjejaki ke destinasi yang diidamkan, anda juga boleh mendapat sumber pengetahuan yang luas. Seperti mana azam untuk berkahwin dan juga memiliki harta idaman, azam yang ini juga memerlukan anda untuk bijak menguruskan kewangan diri. Lagi menyeronokkan jika anda sudah merancang segalanya daripada awal, percutian anda akan datang pasti menyeronokkan.

  • Azam Berhenti Merokok

Sumber: pexels.com

Bagi perokok tegar, azam ini amat rumit. Tanpa ada kesungguhan jiwa dan raga, nikotin yang telah menyerap dalam sistem badan akan bergelodak. Dalam kebanyakan kes, cubaan berhenti bertukar menjadi makin kuat pula tabiat merokok! Azam mungkin lebih mudah diusahakan jika diri sendiri atau ahli keluarga menghidap penyakit bahaya akibat amalan merokok anda. Tepuk dada Tanya selera!

Sumber Foto: pexels.com

Mungkin sukar melihat hasil dalam waktu singkat dan mereka yang berazam selalunya menanti sehingga hujung tahun. Namun sebaiknya azam yang tersemat biarlah disempurnakan lebih baik pencapaiannya daripada apa yang anda lalui pada tahun sebelumnya. Tidak dinamakan azam jika anda berputus asa di pertengahan jalan ataupun bersikap lebih kurang dengan prestasi yang ditunjukkan. Sebaiknya, azam wajar diiringi dengan semangat yang berkobar dan membara dan bertekad memperbaikinya lebih daripada apa yang diperoleh pada hari ini.

Selamat tahun baru 2019 Donna ucapkan untuk semua!

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna