6 Cara Menyusun Bekas Rempah Ratus Di Dapur

Banyaklah pulak rempah ratus, macam mana nak susun ni?”

Rempah ratus adalah bahan yang paling wajib untuk berada di setiap rumah kerana mampu menaikkan aroma kelazatan pada setiap hidangan. Malah, masyarakat Asia memang terkenal dengan kaya rempah ratus sejak dulu lagi.

Antara rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan adalah lada hitam, lada putih, biji sawi, bunga lawang, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, kayu manis, buah pelaga, serbuk kunyit, halga dan lain-lagi. Banyak bukan?

Sumber: pexels

Namun, untuk menyusun kesemua ini di dapur, bukan perkara mudah. Lagi-lagi kalau mempunyai ruang dapur yang kecil tetapi, jika anda bijak mengurus dan menyusun strategi, ia pasti tak akan menjadi masalah.

Dengan memiliki koleksi bekas yang comel dan tempat yang bersesuaian dengan ruang dapur, pasti akan kelihatan menarik dan kemas.  Oleh itu, Donna akan kongsikan anda tip untuk menyusun kesemua bahan rempah ratus dengan kemas dan menarik!

Rak dinding

Sumber: good health

Daripada anda menghiasi dinding dapur dengan bingkai gambar yang tidak patut. Apa kata anda hiasi dinding anda dengan wayar rak yang khas untuk susun dengan kepelbagaian rempah ratus!

Untuk lebih cantik lagi, gunakan bekas rempah ratus yang sama bentuk dan pastikan bekas yang digunakan bersifat transparent supaya tak la nanti masa masak keliru mana satu lada hitam, mana satu lada putih, ihiks!

Jar

Sumber: pexels

Idea ini khas kepada yang sayang dengan bekas jar yang cantik! Misalnya, bekas jar spaghetti yang kecil tu, daripada anda membuang, apa kata anda gunakan ia dengan mengisi kepelbagaian rempah ratus.

Kalau tak cukup, senang je! Pesan kepada rakan atau keluarga anda simpankan jar spaghetti untuk anda. Mudah saja kan?

Kayu Pallet

Sumber: good health

Kayu pallet mula terkenal pada hujung tahun 2016 dengan pembuatan perabot rumah. Sejak dari itu, kayu pallet juga digunakan untuk dekorasi pelamin pada waktu pertunangan atau pernikahan.

Jadi, rasanya tidak salah jika kita jadikan kayu pallet sebagai hiasan dinding. Lebih-lebih lagi dijadikan rak untuk meletakkan rempah ratus! Untuk lebih kelihatan cantik, warnakan kayu pallet tersebut dengan warna kegemaran anda.

Laci

Sumber: good helath

Kepada yang tidak gemar dengan rak-rak di dinding, anda boleh gunakan laci kabinet anda untuk menyusun bekas-bekas rempah ratus anda.

Muda saja, beli set bekas kecil-kecil yang sama bentuk dan susun pada satu tingkat laci dikhaskan untuk rempah ratus. Pastikan laci tersebut tidak jauh dari tempat memasak anda. Kalau tidak susah nanti nak masak, ihiks!

Kabinet rak

Sumber: good health

 

Kabinet rak ini mungkin sukar untuk di dapati sebab selalunya design kabinet begini orang barat je yang buat. Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah meminta tukang kabinet custom made bahagian rempah ratus.

Mintak dia jadikan kabinet anda bertingkat dan di buka seperti laci. Elegan bukan? Ahaks!

Tapi, mungkin anda akan dicaj lebih untuk harga laci custom made tapi, bagi Donna untuk dapur kelihatan kemas. Rasanya tiada masalah nak labur duit lebih sikit, ihiks!

Magnetic Jar

Sumber: good health

Cara susunan yang terakhir adalah melekatkan rempat ratus anda di peti ais atau di kawasan yang berbesi. Aik? Macam mana tu? Mudah saja, anda perlu membeli jar bermagnet .

Kemudian, lekatkan pada peti ais anda atau di kawasan yang berbesi , pasti kelihatan cantik jika disusun dengan kemas. Di tambah pula dengan pelbagai warna rempah ratus yang memenuhi bekas jar yang unik!

Donna harap dengan idea yang Donna kongsikan ini serba sedikit dapat membantu anda dalam penyusunan rempah ratus. Selamat menyusun!

 

 

Sumber: good health

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna