5 Tip Untuk Masak Rendang & Tahan Lama

Menang tidak asing lagi ketika tiba musim perayaan hari raya, menu rendang sememangnya menjadi menu yang popular hampir disetiap negeri. Seperti mana yang Donna katakan tadi, menu rendang ini memang popular dan kalau tak ada rendang ketika hari raya, tak sah!

Walau bagaimanapun, memasak rendang ini bukanlah merupakan satu perkara yang mudah. Seperti yang kita banyak saksikan seirng kali yang menyediakan menu rendang ini pasti jatuh kepada air tangan orang yang lebih berusia seperti emak, makcik-pakcik mahupun nenek.

Bagi mereka, menyediakan menu ni campak-campak je terus jadi. Bukan main sedap lagi! Bila kita cuba ikut resepi setiap langkah mesti ada saja yang kurang! Oleh sebab itu, Donna mahu kongsikan tips supaya you all boleh selamat masak rendang dengan sedap. At least tak malulah bila bakal mother in-law makan nanti. Ehek!

Puasa 6? Baca ni: Tip Bersahur Kenyang Sepanjang Hari Oleh Kevin Zahri

Foto:Adabi

Jenis Santan

Jangan kedekut! Dapatkan jenis santan yang berkualiti dan memang terkenal dengan keenakkannya dalam membantu masakan. Sebenarnya ini memainkan peranan yang penting tau dalam masakan. Tak kiralah you all masak menu kuih atau menu apa pun. Biar spend sikit untuk bahan berkualiti daripada risiko masakan tak menjadi, rugi habis semuanya. Nanti share pulak dekat official masak apa tak jadi hari ini page.

Kurangkan Kadar Santan

Kadar penggunaan santan sebenarnya tidak perlu banyak pun dalam memasak menu rendang ini. Tujuan penggunaan santan ini sebenarnya adalah bertujuan untuk rasa lemak dalam rendang sahaja!

Cukup Pecah Minyak

Ketika menumis, anda perlu besabar dan jangan pula sibuk nak tambah bahan-bahan lain. Biar bahan yang ditumis itu cukup pecah minyak dulu ya. Macam mana nak tahu? Well, tunggu warna bahan tumis bertukar menjadi gelap sedikir dan lapisan minyak akan mula kelihatan dan memercik. Dah cukup pecah minyak, barulah masuk ayam atau daging.

Foto:knowithome.files.wordpress.com

Tunggu Periuk Sejuk

Sekiranya sudah selesai memasak, tak perlu kelam-kabut untuk tutup periuk tu. Kalau tak nak rendang tu cepat basi, tunggu periuk sejuk terlebih dahulu baru tutup. Hal ini adalah disebabkan bila anda tutup ketika lauk tengah panas, ia akan belakunya wap air dan bercampur dalam rendang.

Masak Sampai Kering!

Ketika memasak dan bahan masakan semua telah dimasukkan, anda gaul dengan perlahan dan pastikan semuanya cukup rasa. Bila dah cukup rasa, biar dan gaulkan sehingga menjadi kering. Daging atau ayam juga akan menjadi lembut.

 

Malas nak masak tapi craving rendang? Klik SINI

Baca: Usah Bersedih, Ini Tip Raya Berjauhan Dari Keluarga

Mulut Berbau Ketika Berpuasa? Ini Tip Mudah Untuk Menanganinya

 

 

 

 

 

Sumber:Siraplimau

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna