5 Tip ‘Make Up’ Yang Sesuai Untuk Raya Ini

Walau raya tahun ini kita tidak dapat menziarahi sedara mara di kampung halaman dan juga pergerakkan kita terjejas, namun ini bukan alasan untuk kita tidak melaram ladies! Raya tetap raya dan mestilah kita tetap mahu kelihatan berseri.

Kombinasi baju raya dan juga make-up look haruslah tepat! Oleh itu penting untuk para wanita di luar sana mengetahui langkah dan tip penting dalam menyiapkan diri dalam bukan Syawal ini. Dont worry ladies, raya kitakan sebulan!

Well, seperti yang kita semua tahu Malaysia merupakan sebuah negara yang berada di garisan khatulistiwa. Ini bermakna cuaca kita juga adalah panas dan lembap. Jangan risau, Donna bukan nak tanya soalan SPM ya! Ini adalah kerana pemilihan produk make-up yang bersesuaian dengan cuaca untuk kekal tahan lama.

Baca:Raya Ketika PKPB, Apakah Hikmahnya?

Let’s get started!

Sempurnakan ‘Base Foundation’

Perkara asas yang pertama adalah memastikan kulit muka anda bersih dan tidak kering. Setelah melapikkan kulit dengan krim atau essence, gunakan primer. Primer ini adalah merupakan langkah penting sebelum foundation ya. Ini kerana ia akan membuatkan make up kekal lebih tahan lama dan texture juga nampak lebih licin!

Foto:hips.hearstapps.com

Bedak halus

Untuk mengelakkan muka nampak berkilat dan berkrim kerana foundation, gunakan bedak halus atau loose powder sebagai touch up pada muka. Elakkan daripada meletakkan terlalu banyak bedak ya. Jika tidak muka akan nampak merekah atau termnya “cake-y”

via GIPHY

 

Penggunaan Lipstik

Sebelum menggunakan pengilat bibir atau lipstik atau segala jenis make up bibir yang anda ada, pastikan anda menggunakan lip balm untuk mengelakkan bibir dari mengelupas dan kering ya!  Tip terbaik adalah gunakan lipstik yang tahan lama dan selesa supaya anda tidak perlu kerap menambahnya.

via GIPHY

 

Tekan Bahagian Mata

Okay girls, not literally! Tekanan yang Donna maksudkan adalah lebih fokus pada bahagian mata. Nak lagi cantik, gunakan warna yang kena dengan baju raya. Ingat bukan tekan biji mata tu ya!

via GIPHY

 

Setting Spray

Penyembur ini sebenarnya adalah merupakan satu perkara yang boleh dikira penting jugalah untuk anda mengekalkan ketahanan make up di muka. Walau bagaimanapun tidak perlu menyembur setiap kali nak touch up hanya sekali sahaja selepas make up ya!

 

 

 

Baca:4 Tip Mudah Berjimat Cermat Beli Baju Raya

Usah Bersedih, Ini Tip Raya Berjauhan Dari Keluarga

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Favful

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna