5 Soalan Wajib Anda Perlu Selesaikan Sebelum Mulakan Perniagaan

Aku nak buat business jual roti gulung la, mesti laku!”

Keyakinan seorang yang bakal bergelar usahawan sangat tinggi tapi tak ramai yang tahu kekangan dan halangan ketika mengerakkan sesuatu perniagaan.Nampak mudah, cari modal, jual, dapat untung.

Hakikatnya, mereka yang berniaga saja tahu betapa penatnya menaikkan produk sendiri di pasaran. Lebih-lebih lagi produk dan perkhidmatan yang kita berikan mempunyai pesaing yang hebat-hebat.

Nak memperkenalkan produk kita pada orang ramai, sangat mencabar dan paling mencabar adalah nak menyakinkan pelanggan. Jadi kami ingin bantu anda berfikir seperti usahawan sebelum memulakan perniagaan berpandukan soalan dari Ahli Kerjaya Milenium, Jill Jacinto dan Jurulatih Kerjaya, Hallie Crawford.

Sumber: jilljacinto

Apa kelebihan dan kekuatan aku?

Menurut Hallie, kenal pasti kekuatan dan kelebihan diri untuk anda dikembangkan menjadi perniagaan. Kalau pandai masak, fokus pada menu spesifik yang anda mahir. Kalau pandai mengambil gambar atau video, cuba ambil shoot yang paling cantik. Kalau pandai melakar, cipta lukisan yang unik.

Jika anda sendiri tidak tahu apa kelebihan diri anda, cuba cari melalui orang di sekeliling. Tanya pendapat kawan, keluarga, adik-beradik atau pasangan. Mungkin mereka nampak kelebihan yang anda tidak sedar. Dari kelebihan tu, cuba kembangkan ia agar ia mampu menjadi kejayaan buat anda.

via GIPHY

Kenapa aku buat benda ni?

Perniagaan ni ada turun naik. Macam pantai juga, ada pasang surutnya. Jadi sebaiknya tanya pada diri ‘mengapa anda lakukan perniagaan ni?’ kerana soalan ini akan menjadi motivasi kepada diri anda saat anda berasa give up dalam perniagaan.

“Pastikan tujuan utama anda memulakan perniagaan bukan kerana paksaan, menunjuk-nunjuk atau ingin mengikut orang lain. Biarlah atas minat sendiri,”  kata Jacinto.

via GIPHY

Adakah aku perlukan bantuan?

Ada sesetengah perniagaan perlukan satu pasukan yang besar dan ada yang sedikit. Apa pun, sebelum memulakan, tanya diri terlebih dahulu, ‘Adakah aku memerlukan pertolongan daripada rakan kongsi? Atau bolehkah aku melakukannya sendiri?’ kerana merancang siapa yang terlibat dalam perniagaan anda adalah sangat penting kerana kemungkinan besar berkait rapat dengan modal atau pengagihan untung dalam jangka masa yang panjang.

via GIPHY

Perlukan penambahan ilmu ke?

Jangan anda fikir bila kita dah mengetahui selok-belok dunia perniagaan dan yakin dengan perniagaan kita, anda tak perlukan pelajaran atau sijil yang diluluskan oleh sebuah lembaga atau kelas professional.

Misalnya, perniagaan rawatan wajah yang menggunakan mesin dan produk. Oleh yang demikian, anda perlukan pengesahan produk daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kemahiran anda untuk mengenalpasti masalah kulit individu. Tak boleh suka hati merawat wajah tanpa sijil yang telah diluluskan.

“Tak semua kategori peniagaan sama. Anda perlu buat kajian terlebih dahulu kerana langkah ini akan menambah kredibiliti ke atas perniagaan anda lantas mampu meyakinkan bakal pelanggan anda. Perniagaan juga akan menjadi lebih stabil dari masa ke masa,” jelas Jacinto.

via GIPHY

Apa perancangan aku?

Memulakan perniagaan sama seperti memulakan kerjaya. Perlukan perancangan, goals dan hasil yang memberangsangkan dari semasa ke semasa. Setiap goals akan berubah-rubah. Maknanya, setiap bulan perlu ada goals yang perlu dicapai dan perlu diperbaharui goals supaya perniagaan anda berkembang.

“Kalau boleh ada back up plan. Kalau plan A tak menjadi, anda masih ada plan B-Z! Sentiasa bersedia dengan segala halangan yang datang, senaraikan matlamat, berfikir secara kreatif dan sentiasa selangkah ke depan dengan trend terbaru,” terang Jacinto.

via GIPHY

Bukan mudah nak berjaya kerana perlu berani menghadapi risiko tapi dengan kesungguhan dan minat. Tiada apa yang dapat mematahkan semangat. Paling penting dalam perniagaan ni jangan ada sifat dengki. Bila perniagaan orang lain lebih maju ke hadapan cuba aturkan langkah yang memberi impak yang lebih hebat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik senarai artikel berikut:

Teknologi Makin Hebat! Jom Lihat Idea Buat Bisnes Khas Untuk Suri Rumah

 

 

Sumber: marthastewart

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna