5 Soalan Penting Anak Muda Kena Tahu Sebelum Buat Keputusan Bernikah

Mungkin ada beberapa orang yang berpegang kepada prinsip mengenali pasangan lepas nikah. Namun pada zaman sekarang, ada juga yang memilih untuk mengenali hati dan budi pasangan sebelum berkahwin.

Bukan apa, takut nanti bila dah kahwin tak ada persefahaman dan asyik gaduh. Itu tak kena, ini tak kena. Dah pening kepala.

Menurut penasihat hubungan, Gurpreet Singh mencadangkan ada beberapa perkara yang boleh anda tanyakan untuk mengetahui sama ada si dia betul-betul sesuai atau tidak untuk pasangan anda.

BACA: Dapat 15 Ribu Retweet Wanita Ini Kongsi Belanja Kahwin Tak Lebih RM5 Ribu!

via GIPHY

Apa benda yang anda rasakan penting dalam hidup?

Cara anda tanya tak semestinya kena direct. Anda boleh saja buat lawak lepas tu tanya la sama ada anda nak ada anak tak lepas kahwin? Lepas tu selit la sikit soalan mengenai keluarga dengan kewangan jika anda mahu.

Bagaimana cara anda berbelanja?

Bukan nak takutkan anda. Tapi banyak relationship yang tidak bertahan lama sebab masalah kewangan. Jadi, anda  kena tahu cara bakal pasangan anda berbelanja. Kalau bakal pasangan jenis boros, anda kena bersedia fizikal dan mental untuk mengawalnya.

via GIPHY

10 tahun akan datang, awak…

Tak mungkin anda boleh serius dengan orang yang tak nampak masa depan dia. Tanya dekat pasangan anda siapa dia 10 tahun akan datang. Adakah dia nak ada ramai anak atau cadang nak beli rumah? Sekurang-kurangnya anda boleh rancang tabungan untuk ke arah itu.

BACA: Bakal Pengantin Tidak Perlu Kursus Pra Perkahwinan

Nilai keluarga

Benda ni penting. Cuba tanya dalam skala 1 hingga 10. Bab keluarga ni dia letak nombor berapa? Lepas itu cuba selidik beberapa nilai dan prinsip kekeluargaan yang dia percaya. Katakanlah dia percaya yang isteri kena ikut semua telunjuk suami, mungkin anda nak fikirkan kembali sama ada dia pilihan yang tepat atau tidak?

Cara selesaikan masalah

Aduh, pening kepala kalau dapat lelaki yang tak reti nak selesaikan masalah. Adakah dia jenis yang boleh bersabar atau mengamuk setiap masa? Kalau benda kecil pun nak melenting, eloklah anda fikir banyak kali nak serius dengan dia atau tidak.

via GIPHY

Lepas anda yakin dengan jawapan yang diberikan daripada soalan di atas. Barulah anda  boleh menjalinkan hubungan serius. Tapi kalau anda sendiri masih ragu-ragu dengan benda-benda di atas ini. Mungkin anda perlukan masa untuk mencari jodoh yang lain. Eh?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNN

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna