5 Sebab Mengapa Bank ‘Reject Loan’ Rumah Anda

Rancang dah lama nak beli rumah, tapi bila dapat sahaja keputusan daripada pihak bank kena ‘reject’ siapa tak sakit hati betul tak? Tambah lagi buat pasangan yang sudah lama berkahwin dan ingin mempunyai rumah sendiri bersama anak-anak memang sedih hati rasanya.

Pertama sekali anda tidak boleh terus menerus menyalahkan pihak bank, kebanyakan kes terdapat pemohon sendiri yang tidak cukup bersedia. Dokumen tidak cukup atau disebabkan masalah dari CCRIS membuatkan anda adalah pemohon yang tidak layak.

Image result for ada hutang

Sumber: baituljannah 

‘Kantoi’ Tak Bayar Hutang Sedia Ada

Zaman sekarang ni setiap kali nak berurusan untuk membeli kereta atau rumah, pasti pihak bank akan periksa terlebih dahulu laporan CCRIS secara online yang diuruskan oleh Bank Negara bagi tempoh 12 bulan terakhir.

Laporan ini termasuk :

  • Loan rumah atau komersial
  • Loan kereta
  • Kad Kredit
  • Personal loan atau lain-lain

Kalau ada yang ‘kantoi’ bayar ansuran bulanan anda, peluang untuk pihak bank akan meluluskan permohonan anda ditolak adalah tinggi.

Kriteria Pendapatan Tak Match Dengan Pihak Bank

Penting untuk pihak bank melihat DSR iaitu Debt Service Ratio sebelum meluluskan sebarang permohonan loan rumah.

Sebagai contoh, pendapatan A sebulan sebanyak rm3000, dan ansuran bulanan yang dipohon adalah rm2500 dan masih belum tolak perbelanjaan lain.

Jika anda jadi pihak bank, adakah anda akan approve ?

Image result for fake document

Sumber: super

Palsukan Dokumen!

Jangan pandai-pandai palsukan dokumen, semata-mata nak cepat bank luluskan permohonan anda silap-silap jadi kes polis nanti. Ini kerana dah banyak kes terjadi, antaranya memalsukan dokumen EPF.

Bukti Pendapatan Tidak Disediakan

Dokumen kewangan amat penting untuk meyakinkan pihak bank dan akan meningkatkan kebarangkalian permohonan anda diluluskan. Setiap apa yang berkaitan dengan sumber pendapatan anda kemukakan dengan baik, seperti EPF dan cukai pendapatan yang wajib anda hantar.

Lain Bank, Lain Kriteria Yang Diperlukan

Ingat, kalau kena ‘reject’ ia tidak bermakna anda tidak layak dan tiada harapan untuk memiliki rumah. Perkara ini terjadi kerana setiap bank mempunyai kriteria berbeza yang mereka perlukan.

Apa yang anda boleh lakukan kaji semula, dan ambil tahu segala maklumat dan kriteria yang mereka inginkan. Selamat mencuba!

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Tiada Lagi Istilah Tidak Mampu! Ajak Suami Kumpul Duit Deposit Rumah Dengan Cara Ni

Pilih Rumah Atau Kereta? Jangan Fikir Nak Nampak Hebat Di Mata Orang Je

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: gilahartanah 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna