5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menjaga Kelembapan Pada Kaki

Sometimes, dalam pada anda sibuk menjaga kesihatan kulit muka, ia merupakan satu perkara yang biasa jika kita terlupa untuk menjaga kesihatan kulit di tubuh badan. Akibat daripada itu, kulit pada kaki merekah, tak cukup dengan itu kesan berkedut dan kulit pula menjadi kasar. Oh no!

Jika kesihatan kaki tidak terjaga dengan cara yang betul, ia boleh memberikan kesan buruk akan datang. Jadi dalam bab menjaga kesihatan, kaki juga tidak terkecuali. Jangan risau ladies! Donna nak kongsikan pada anda, 5 sebab mengapa wajib menjaga kesihatan kaki.

Foto:upload.wikimedia.org

Faktor Fizikal

Kadang kala suhu yang tinggi pada kasut boleh menyebabkan kulit pada bahagian kaki akan merekah dan seterusnya kehilangan kelembapan dan kaki korang akan menjadi lemah dengan cepat. Jadi untuk elakkan perkara ini terjadi, elakkan daripada selalu biarkan kaki  kering atau terdedah dengan suhu yang tinggi dalam masa yang lama.

via GIPHY

Faktor Usia

Faktor usia dan hormon akan menyebabkan sistem metabolisma badan berubah lalu ia akan menjadi salah satu punca kulit merekah termasuk pada bahagian kaki, jadi anda harus sentiasa memastikan kulit anda cukup lembap untuk elak rekahan. Gunakan moisturiser kulit untuk disapu pada kaki dan jadikan ia sebagai rutin harian.

via GIPHY

Cuci Kaki Setiap Hari

Kehidupan seharian sering membuatkan kita berada dalam environment yang mempunyai suhu tidak menentu. Pendedahan yang tidak baik seperti terlalu panas dan ada pula masanya terlalu sejuk! Jadi hal ini boleh menyebabkan kulit pada kaki kering. Caranya mudah sahaja,anda hanya perlu mencuci kaki dengan sabun yang bebas daripada pewangi,alcohol dan paraben. Malah, cuci kaki menggunakan air suam untuk hasil yang baik.

via GIPHY

Elak Berkasar Pada Kaki

Ladies, Donna tahu ramai supergirls di luar sana yang sibuk mengurus kehidupan harian. Walau bagaimanapun, ini boleh menjadi salah satu punca mengapa kaki kita kering dan bermasalah. Thats not all, bila kita mandi pun penting cara mencuci kaki okay? Mengosok dengan terlalu kasar juga boleh menyebabkan kaki kering dan merekah.

via GIPHY

Stokin ‘cotton’

Memakai stokin cotton akan menggalakkan kaki  lebih mudah bernafas dan dalam pada masa yang sama, kelembapan pada kaki akan terlindung. Pastikan anda sering tukar dengan yang baru untuk elakkan jangkitan bakteria alright girls?

via GIPHY

Donna harap tips ni dapat membantu anda mengkekalkan kesihatan kaki masing-masing supaya anda lebih selesa untuk travel ke atau ke mana-mana. Semoga berjaya!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:FreeMalaysiaToday

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna