5 Punca Hubungan Anda Retak

Sikit-sikit gaduh, sikit-sikit gaduh! Kadang tu setiap hari, setiap minggu gaduh! Tak tahu kenapa”

Selalunya pada awal hubungan, masing-masing mesti terlepas pandang kekurangan pasangan. Iyalah! Baru fasa permulaan di mana perasaan sayang dan cinta mula nak berputik. Semuanya indah!

Tetapi, bila sudah berbulan atau dah bertahun, mulalah makin lama makin nampak kekurangan pada pasangan anda. Hampir setiap hari, ada je yang tak kena dekat mata. Waktu tu, mula fasa bertengang urat bermula.

via GIPHY

Menurut Kirk Honda, pakar kaunseling dan psikologi mengatakan, ia perkara biasa jika hubungan anda mengalami pergaduhan. Biasalah, gigi dan lidah pun tergigit, ini kan pula hubungan sesama manusia. Tetapi, jika terlalu banyak sangat pergaduhan dengan pasangan, anda harus melihat semula dalam segala aspek.

Adakah anda dan pasangan sebenarnya sudah tidak sehaluan atau anda berdua sebenarnya tidak tahu cara menyelesaikan masalah dengan betul.

Justeru itu, Donna akan kongsikan punca yang boleh meretakkan hubungan anda. Antaranya…

Kritikan yang terlampau

Selalu tak anda mengkritik diri pasangan anda, contohnya dari segi mereka berfesyen, cara mereka makan, bercakap atau cara mereka berjalan? Jika anda sering melakukannya, inilah punca yang membuatkan hubungan anda retak.

Menurut Dr. John Gottman, pakar terapi keluarga mengatakan, apabila anda sering mengkritik mereka, ini bermakna anda tidak dapat menerima mereka seadanya. Sekaligus, membuat mereka menjadi kurang keyakinan diri dan membuat hati pasangan anda terasa sehinggakan tercetusnya pergaduhan.

Oleh itu, kurangkan mengkritik pasangan anda. Terima mereka seadanya. Jika anda ingin mereka berubah, susun ayat yang sedap didengar supaya mereka boleh menerima teguran dan kritikan dari anda.

Bersangka buruk

via GIPHY

Wanita sering overthinking terhadap sesuatu perkara sampaikan bila pasangan pulang lambat atau terlupa menghubungi mereka, secara automatik pasti mereka akan merasakan pasangan sudah tidak merindui diri mereka.

Menurut Doreen Meister, pakar terapi hubungan perkahwinan dan keluarga mengatakan, hubungan dari dua individu ini kemungkinan besar mereka lemah dari segi kepercayaan. Walhal sebenarnya anda hanya meneka saja dalam fikiran, anda tidak tahu sama ada perkara itu betul atau tidak.

Untuk pengetahuan anda, jika anda meneruskan sikap bersangka buruk ini, sikit-sikit akan membuatkan hubungan anda retak kerana asyik bertengkar perkara yang tidak berlaku. Mungkin pasangan anda sampai ke rumah lewat disebabkan kesesakkan lalu lintas.

Apa pun, bertanya terlebih dahulu. Elakkan bersangka buruk. Jika tidak percayakan pasangan, mungkin anda boleh berterus terang pada pasangan dengan cara elok supaya pasangan anda membina kepercayaan dalam diri anda.

Tiada kejujuran

Sumber: pexels

Tidak salah bersikap jujur pada pasangan anda kerana lambat -laun, anda dan pasangan anda akan duduk di bawah bumbung yang sama. Kepada yang sudah berkahwin pula, mengapa perlu menipu sedangkan anda dan pasangan sudah pun berjanji akan menempuh susah senang bersama.

Anda perlu ingat, jika tiada kejujuran dalam satu perhubungan, ia akan merosakkan kepercayaan kepada pasangan. Ini akan menyebabkan pada penghujung hubungan, akhirnya anda berdua berpisah.

Cepat sentap

Sumber: list dose

Dalam hubungan ada asam garamnya. Kadang tu, si dia mengusik anda dengan mengejek anda untuk melawak, janganlah cepat terasa. Bayangkan, kalau dalam sesebuah hubungan tak ada naik turun, pasti bosan!

Untuk mengelakkan timbul rasa bosan dalam hubungan, kenalah ada gelak ketawa, ejek-mengejek, puji-memuji, pujuk-memujuk dan usik-mengusik. Tapi! Kalau anda seorang yang cepat sentap, cuba anda fikir, dengan siapa lagi pasangan anda ingin bergurau?

Ikutkan saja usikan pasangan anda, tak rugi pun!

Lupa kenapa anda sayang pasangan

Sumber: pexels

Pakar kaunseling Kirk Honda mengatakan jika kedua pasangan gagal mengingati saat-saat indah kali pertama mereka jatuh cinta, hubungan tersebut benar-benar dalam masalah.

Ini kerana akan menyebabkan rasa kasih sayang hilang sedikit demi sedikit. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, mungkin anda noleh mencipta perbualan “ingat lagi tak bila kali pertama kita dating?” atau “awak ingat lagi tak kita dua pergi sambut hari jadi awak waktu tahun pertama kita bercinta? dan dari situ anda dan pasangan akan mengimbas kembali segala memori.

Selain itu, mungkin anda boleh lihat semula gambar-gambar waktu anda dan pasangan mula-mula kenal dulu! Percayalah, perasaan sayang akan segar sehingga 30-40 tahun lamanya! Tetapi, jangan buat kerap, mungkin boleh buat 2 bulan sekali.

Ingatlah, dalam hubungan perlukan tolak ansur. Donna harap, perkongsian ini sedikit sebanyak dapat mengembalikan kasih sayang dan cinta anda dan untuk menaikkan semula perasaan cinta anda, boleh dengarkan playlist di bawah bersama pasangan anda.

Sumber: livestrong

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna