5 Nasihat Untuk Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dari zaman persekolahan sehinggalah zaman pekerjaan, ada di antara kita yang dipimpin atau memimpin beberapa individu demi mencapai matlamat. Walaupun sekecil-kecil pasukan atau organisasi pun, jika anda dipilih menjadi pemimpin atau ketua anda seharusnya menjadi a good leader dan tunjukkan contoh yang baik kepada pasukan anda.

Pencapaian pasukan sebenarnya bergantung pada pemimpin itu dahulu dan bukan hanya pada orang di bawahnya sahaja. Jadi disini Donna nak share dekat anda semua yang sedang menjadi pemimpin atau bakal menjadi pemimpin tentang bagaimana menjadi pemimpin yang bagus dan mampu mencapai matlamat pasukan.

Sentiasa mendengar bukan sekadar minta didengar

Dalam menjadi ketua yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi pasukan, anda seharusnya memahami dari mana masalah itu berlaku dan mula untuk mendengar bagaimana masalah itu wujud. Dari situ anda pasti dapat menyelesaikan masalah tersebut dan jika anda mendengar, pasti anda juga akan didengari. Seeloknya jangan terus melenting dan faham situasi dahulu.

Selesaikan masalah bukan cuma sampaikan masalah

Bila anda sedang melakukan perbincangan atau mesyuarat dengan pasukan dan mempunyai masalah yang ingin diselesaikan, jangan mengharapkan untuk orang bawahan anda memberi jawapan. Anda sebagai seorang ketua seharusnya sama-sama menyelesaikan masalah dan improvise setiap jawapan yang diberikan.

Ianya berbalik pada tip nombor satu iaitu anda perlu dengar kenapa terjadinya masalah tersebut dan dari situ anda tahu apa yang terbaik yang boleh dilakukan.

Faham emosi bukan ikut emosi

Anda perlulah faham emosi atau perasaan setiap orang di dalam pasukan anda supaya tenaga dan jiwa mereka tidak disia-siakan. Jika anda faham keadaan emosi mereka dan anda mampu memberi motivasi yang betul, mereka akan gembira berada di dalam pasukan dan pasti tidak membuat pilihan untuk meninggalkan pasukan.

Jangan juga mengikut emosi anda sendiri dan menyatakan apa yang anda tidak suka terhadap sesuatu perkara sepanjang masa.

Berikan motivasi bukan jatuhkan semangat

Menjatuhkan semangat adalah perkara yang perlu dielakkan jika anda menjadi pemimpin di dalam pasukan. Bayangkan anda sebagai seorang pelumba lari dan anda mendapat nombor 2 di pusingan pertama. Tapi jurulatih atau pemimpin anda mengherdik atau cuma fokus kesalahan yang anda buat ketika berlari.

Adakah anda akan mendapat motivasi dan berlari dengan penuh semangat pada pusingan terakhir? Jawapannya adalah tidak, jadi anda seharusnya memberikan motivasi walaupun perkara yang dihasilkan oleh pasukan anda sekecil dari matlamat yang ingin dicapai, namun dengan motivasi pasti matlamat pasukan akan dicapai satu hari nanti.

Terima pandangan bukan tolak pandangan

Perkara yang paling penting dalam memastikan pasukan anda di dalam laluan yang betul adalah dengan menerima pandangan atau idea pasukan anda. Mungkin di dalam minda anda merasakan idea atau pandangan mereka tidak sesuai, tetapi anda sebagai ketua perlu memahami idea tersebut dan mengubah mengikut kesesuaian pasukan dan tidak menolak idea tersebut secara bulat-bulat.

Ini adalah cara untuk jadi pemimpin yang hebat iaitu dengan fokus pada kelebihan yang ada pada ahli pasukan anda dan bukan hanya fokus kepada diri anda sahaja. Menjadi seorang ketua adalah kejayaan yang anda telah kecapi, namun untuk menjadi seorang ketua yang benar-benar memimpin pasukan adalah perkara yang anda perlu usahaka secara berterusan.

 

 

Baca juga:

Jatuh Cinta Dengan Bos Di Pejabat, Bahagia Atau Bala?

Wajib Baca Jika Teringat Muka Bos Pun Boleh Buat Anda Kemurungan

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna