5 Langkah Untuk Langsing Dalam Masa 30 Hari!

Tidak dinafikan, setiap wanita pasti mengimpikan perut yang langsing dan lelaki pula mengidamkan perut yang mempunyai six-pack, tapi persoalannya berapa ramai je yang berjaya dapatkannya?

Kebanyakkannya gagal kerana tidak mampu untuk diet, serta tidak tahu senaman apa yang sesuai.  Jadi, dalam perbincangan topik hari ini, kami akan bongkarkan kepada anda cara yang mudah untuk dapatkan perut langsing!

Sumber : Giphy

 

Antara jalan penyelesaiannya adalah menggunakan 30 Day AB Challenge Mobile App di mana aplikasi ini dapat membantu anda untuk dapatkan perut kempis dengan melakukan aktiviti senaman yang sangat mudah dalam tempoh 30 hari!

Apa yang anda perlu lakukan adalah, anda perlu mengikuti arahan senaman tanpa gagal selama 30 hari, itu saja! Senaman dalam aplikasi ini juga sesuai di lakukan di rumah terutamanya kepada yang tidak ada masa untuk ke ‘gymnasium’.

Sumber: Google Store

Selain itu, pengambilan air masak sebanyak 8 gelas atau 2 liter sehari amatlah digalakkan kerana air masak mampu mengurangkan selera makan kita berkurang. Malah, menurut satu kajian, dengan minum hanya separuh liter air sebelum makan, ia dapat menurunkan berat badan sebanyak 44%, dalam jangka masa 12 minggu!

Bukan itu saja, amalkan juga minum air limau atau lemon sebelum menjamah sarapan kerana dapat menyingkirkan sisa toksin yang tertinggal dalam perut anda. Secara tidak langsung, masalah perut buncit dapat diatasi.

 

Sumber: sihat.net

Tetapi, jika tahap kerajinan anda tinggi, amalkan pengambilan teh halia kerana halia dapat membuang angin dalam badan serta berkesan dalam proses pencernaan. Malah, fakta tentang halia lagi, ia dapat bertindak membakar lemak dengan lebih efisien, terutamanya di bahagian perut.

 

Sumber: Keluarga

Seterusnya, tetapkan pendirian dan tingkatkan motivasi. Ini adalah perkara yang paling penting dalam proses menangani masalah perut buncit kerana untuk dapatkan, anda haruslah konsisten dalam melakukan tip di atas walaupun perut.

Apa pun, anda kena tanam dalam dasar kepala bahawa nak cantik, kena rasa perit. Kalau orang lain boleh ada perut yang ‘slim’, kenapa tidak kita? Jadi, selamat mencuba lima tip ini!

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 share
Donna