5 Kuih Raya Yang Semakin ‘Pupus’!

Teringat zaman dulu bila dua minggu lagi sebelum menjelang raya, para ibu sudah mula tak menang tangan membuat pelbagai jenis kuih raya menyelerakan daripada resipi turun-temurun. Malah, kuih yang dihasilkan juga mempunyai pelbagai aroma dan bentuk yang unik.

Itulah antara tradisi orang dulu bila menjelang raya tapi kini sudah berbeza. Ramai di antara kita memilih untuk membeli kuih di bazar raya berbanding buat sendiri. Mana tidaknya, kebanyakan wanita sekarang bekerjaya, tak sempat nak buat kuih raya. Nak senang, beli je kuih raya yang dah siap.

Sumber: mawardi yunus

Tahukah anda kesan daripada itu, kini sudah banyak kuih tradisional yang menjadi identiti masyarakat di Malaysia diancam kepupusam? Ha.. Bukan je habitat liar je yang pupus, kuih melayu pun ada yang pupus juga tau!

BACA: Ayuh Sedar Tentang Harimau Malaya! Habitat Liar Ini Semakin Pupus

Kuih putu kacang

Kuih Koya adalah nama lain bagi kuih putu kacang dan bahan asas yang digunakan untuk membuat kuih ini adalah kacang hijau. Cara pembuatannya agak unik tapi rumit untuk menyediakannya kerana perlu menghancurkan kacang hijau kemudian ayak. Jika menggunakan mesin pengisar, rasa keasliannya sudah lain.

Biskut dam

Sumber: picswe

Biskut ini dikenali dengan biskut dam kerana memiliki corak petak-petak seperti alat permainan tradisional melayu iaitu papan dam. Dulu biskut ini sangat terkenal dengan coraknya yang sangat mengikut tradisi orang melayu.

Cara membuatnya juga rumit kerana penyediaanya perlu mengasingkan dua bancuhan doh iaitu vanilla dam coklat dan perlu menyusun satu per satu sehingga berbentuk papan dam.

Biskut Sampan

Sumber: sahuranizam

Mesti ada yang blur kuih apa ni kan? Ha… kepada yang tak tahu kuih ni memang jarang dijual dekat kedai sebab cara penyediaanya sangat remeh dan dohnya perlu dibentuk dengan teliti. Kalau tak, tak nampaklah bentuk sampan.

Kuih Suji / Suji Kristal

Mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu, kalau pergi beraya rumah saudara atau jiran, kuih suji ni lah hidangan yang wajib ada pada balang kuih. Tapi, sayangnya orang sekarang dah jarang nak buat kuih ni. Mungkin disebabkan faktor tepung yang sukar nak dapat di pasaran.

Cakar ayam

Sumber: butterkicap

Jika disebut kuih gerbeng, mungkin tak ramai yang tahu kuih apa. Bunyinya pun dah pelik tapi jika disebut kuih cakar ayam, pasti ramai yang tahu. Gerbeng adalah nama kuih tradisional itu dalam kala­ngan orang Jawa dan masyarakat umum mengenalinya sebagai cakar ayam.

Dulu, merata boleh dapat tak kira di warung atau kedai makan tapi kini dah susah nak jumpa kerana tak ramai yang berkebolehan atau pakar dalam menghasilkan kuih ini dengan baik. Apa pun, untuk dapatkan kuih cakar ayam yang sedap, anda boleh dapatkan dekat penyanyi lagu Young & Gentleman, Haiza Hanafi.

Ini baru 5 jenis kuih raya yang Donna perasan semakin susah dan hilang dek ditelan zaman. Belum lagi kalau kita selongkar betul-betul kuih melayu yang wujud pada tahun nenek moyang kita. Selamat berhari raya!

Sumber: butterkicap

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna