5 Kebaikkan Durian Untuk Ibu Menyusu

Eh, tak pe ke kalau makan durian kalau masih menyusukan anak ek?

Bukan apa, ada orang kata durian ni panas dan tak sesuai dimakan jika anda masih menyusukan anak. Namun sebenarnya ibu menyusu boleh je makan durian asalkan tidak berlebihan. Bukan boleh je, malah ada lagi khasiat atau kebaikkan daripada durian tu untuk ibu-ibu ni.

via GIPHY

Mesti ada yang tak percaya kan? Terdapat 5 kelebihan yang boleh diperolehi oleh buah durian ini sebenarnya. Mari Donna terangkan kepada anda semua.

Antioksidan

Buah ini adalah sejenis antioksidan yang semula jadi yang mampu untuk membantu tubuh badan kita daripada serangan penyakit yang membahayakan kesihatan.

Serat

Selain itu, buah ini juga mempunyai serat yang bagus dalam membantu proses pencernaan tubuh. Dengan isinya yang lembut itu, memudahkan untuk dicerna. Sekaligus mengurangkan risiko penyakit-penyakit pencernaan seperti buasir! Bukan itu sahaja, kolesterol juga terkawal.

Kalium

Kandungan yang terdapat daripada isi durian tersebut adalah dipanggil sebagai kalium. Kalium ini sebenarnya membantu memadatkan tulang untuk menjadi kuat dan membantu menaikkan metabolisma tubuh.

Vitamin

Untuk ibu menyusu ini dengan menikmati buah durian adalah langkah yang baik dalam mencegah anemia kerana asid folik dan vitamin yang terkandung di dalam isi tersebut. Tambahan pula, ianya tidak membahayakan kesihatan diri dan proses penyusuan tidak terjejas . Namun, pengambilannya harus berwaspada dari berlebihan. Jika terlebih maka boleh berisiko untuk mengalami gastrik, sesak nafas dan masalah pencernaan.

via GIPHY

Begitu juga dengan makanan yang lain. Jika diambil secara berlebihan, maka kesihatan diri sudah tentu akan terjejas. Oleh itu, Donna nasihatkan untuk anda berwaspada dan elakkan menikmati buah durian ini sehingga berbiji-biji dalam satu hari ya!

 

Baca juga:

Nasihat Rare Untuk Ibu Hamil

Berapa Kali Seorang Ibu Boleh Buat Pembedahan Caesar Seumur Hidup?

 

 

 

 

 

 

Sumber:theasianparent

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna