5 Kali Suami Kantoi Curang, Wanita Ini Bertahan Sepanjang 25 Tahun Perkahwinan

Selepas mendirikan rumah tangga kebanyakan para wanita akan fokus kepada pengurusan keluarga, anak dan suami supaya impian mereka untuk membina keluarga bahagia tercapai tapi, kebanyakannya lelakilah yang akan kuburkan  impian mereka. Cuma, bukan semua. Lelaki yang tak terlibat jangan marah, ini khas untuk lelaki yang makan cili je.

Apa yang Donna nak kongsikan di sini adalah kisah seorang wanita yang tidak mahu namanya dikongsikan, mampu bertahan sepanjang 25 tahun perkahwinan walaupun suaminya sudah curang 5 kali. Pasti ramai pembaca di luar sana yang menunding jari pada wanita ini dengan mengatakan…

  1. “Kenapa bodoh sangat perempuan tu stay lagi dengan lelaki tu?”
  2. “Kalau aku la, dah tinggal dah lelaki macam tu”
  3. “Perempuan tu mesti tak pandai jaga penampilan”

via GIPHY

Kenapa masih setia?

Senanglah cakap, cuba kena dekat diri kita. Apakah kita akan lakukan tindakan yang sama atau melangkah pergi? Apabila kami menemubual wanita tersebut, apa yang membuatkan dirinya setia dan bertahan selama itu, dia menjawab kerana anak-anak dan nasihat keluarganya.

“Saya pernah memfailkan penceraian waktu suami saya terkantoi curang kali ke dua tapi bila saya lihat wajah anak-anak, saya mula terbayangkan masa depan mereka tanpa kasih sayang seorang ayah. Lagipun keluarga saya sendiri minta saya untuk bersabar kerana satu hari nanti dia pasti akan berubah memandangkan waktu umur kami berkahwin agak muda jadi mungkin dia tidak puas rasa berseronok,”

Sumber: unsplash

Dia turut mengakui, selain daripada fikir soal anak dan nasihat dari keluarga, faktor lain yang membuatkan dirinya masih bertahan kerana sudah banyak melalui perit-jerih yang dah dilalui bersama suaminya. Pengalaman apa je tak merasa? Semua dah merasa dan dia juga yakin, tidak akan ada wanita yang sanggup menempuh apa yang dia lalui waktu susah dengan suaminya.

“Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang saya dah merasa. Saat kereta ditarik oleh pihak bank, saya dah merasa. Saat hanya RM10 dalam dompet untuk bertahan lagi seminggu nak gaji pun dah merasa. Jadi, saya rasa waktu dia senang, dia lebih menghargai saya tapi, tak sangka dia lemparkan tahi pula,”

Kes curang paling teruk…

“Kes kelima, berlaku 3 tahun yang lepas di mana suami saya kantoi tidur dengan pelacur. Perkara ini terbongkar apabila kawan baiknya sendiri memberitahu perlakuan suami saya di belakang saya. Pada mulanya saya tak nak percaya pun sebab mungkin dia nak membuat cerita supaya rumah tangga kami retak tapi bila saya bertanya sama ada betul atau tidak, suami saya tidak mengiyakan dan tidak menidakkan cuma dia menjawab, itu cerita lama,”

Tambahnya lagi, waktu tu hanya tuhan saja tahu bagaimana luluhnya hatinya, dihiris-hiris sehingga rasa sesak dada dan sudah membayangkan dirinya terjun bangunan tapi dia cuba kembali di dunia yang nyata untuk gagahkan diri mengukir senyuman tanda ‘terima kasih’. Dia juga akui, mulai saat itu perasaannya mula tawar. Erti kata lain, rasa sayang, cinta dan kepercayaan sudah tiada walaupun secebis zarah.

Sumber: unsplash

“Sejak itu saya mula berfikir, adakah dia lupa, sayalah wanita yang menjaga dia waktu dia sakit? Sayalah yang berdiri di sisinya saat dia tidak mempunyai apa-apa, sayalah yang melahirkan dan menjaga zuriatnya dan sayalah yang membantunya mencari wang. Kadang-kala saya berdiri depan cermin dan berkata sendirian, mungkin sebab diri aku yang buruk sampai dia sanggup ‘bermain’ dengan pelacur,” ceritanya dengan mata mula berkaca.

“Sesungguhnya saya langsung tak mengungkit  apa yang saya dah korbankan tapi tidak mampukah seorang lelaki yang mempunyai 9 akal mampu berfikir sebelum bertindak melakukan sesuatu?” tambahnya lagi.

“Bukan tak jaga penampilan tapi…”

Seterusnya kami bertanya soal penampilan. Adakah dia gagal menjaga penampilannya sehinggakan suaminya mencari ‘makanan’ di luar? Katanya, bagaimana nak menjaga jika dirinya tidak diberi peluang untuk melaram?

“Setiap kali nak membeli pakaian dalam yang baru mesti suami saya tak bagi. Katanya suruh pakai je yang lama walaupun sudah koyak dan ada yang hampir 5 tahun usia pakaian dalam saya. Apatah lagi barangan solek dengan pakaian baru. Susah nak dapat yang baru. Kadang-kala tu bila saya sengaja pakai seksi sikit waktu malam bila luang masa dengan dia, mulalah kena marah. Saya langsung tak faham.

via GIPHY

Tapi sejak usia perkahwinan kami dah masuk 20 tahun, dia dah mula berfikir sikit. Mungkin sebab anak-anak dah besar dan dah pandai menasihati dia. Jadi, bila kehidupan kami mula stabil, barulah saya dapat apa yang saya inginkan sampaikan saya rasa jemu bershopping, permintaan anak-anak mula dipenuhi dan setiap kali pulang dari kerja mesti bawa buah tangan,

Tapi macam biasa bila suami saya ada duit perangai azali suami saya nak ‘makan’ luar tetap ada. Dari muda sampai  ke tua. Itu yang dia boleh terfikir nak ‘main’ pelacur. Mungkin sebab saya dah lendut dan kedut sekarang walaupun baju dalam, pakaian dan barangan solek saya dibeli pada setiap bulan,” luahnya panjang lebar.

Kesannya…

Apa pun, saya tetap istiqamah ajak suami saya lakukan perkara yang dituntut Allah, berdoa agar dia berubah dan berusaha jauhkan dia dengan perkara maksiat. Jika dia tidak boleh dibendung juga mungkin saya akan akan ambil langlah untuk berundur diri dan dekatkan diri dengan Allah lebih lagi,” luahnya.

Apa pun, setiap perbuatan dan pengalaman manusia ni mesti ada kesan. Menurut wanita ini, dia mengalami penyakit hormon tidak stabil dan dia akan ingat sampai bila-bila perbuatan suaminya serta berharap satu hari nanti suaminya akan bertemu dengan seorang wanita yang benar-benar boleh buat dia taubat atas perbuatannya.

Perbuatan curang dalam rumah tangga sering dikaitkan dengan lelaki tapi percayalah tak semua lelaki berlaku curang selepas membina mahigai cinta. Jujur, percaya, setia dan sabar perlu ada dalam alam rumah tangga.  Jika tidak, putus di tengah jalan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut:

Disebabkan Sihir Pemisah, Wanita Ini Terseksa Sehingga Terpaksa Bercerai

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna