5 Kaedah Ini Dapat Mengurangkan Kemungkinan Rumah Terbakar

Berlaku kecelakaan di rumah bukan satu perkara yang boleh diduga. Antara perkara yang mungkin boleh berlaku adalah kecurian, pecah masuk rumah, ragut atau kebakaran. Tapi, kes kebakaran adalah perkara yang amat ditakuti oleh ramai orang.

Bayangkan kalau rumah terbakar hangus dijilat api dan ada ahli keluarga kita yang menjadi mangsa memang seakan seperti jatuh ditimpa tangga. Jangan fikir, tak akan berlaku kerana perkara ini boleh terjadi bila kecuaian berpunca atas diri sendiri.

via GIPHY

Jadi, daripada anda merisaukan perkara yang keberangkalian boleh berlaku lebih baik mencegah daripada awal. Berikut adalah 5 kaedah mengelakkan rumah anda daripada dijilat api.

Tutup dapur gas dengan betul

Jangan biarkan dapur gas terpasang semalaman atau dalam keadaan lama dan bagi yang menggunakan dapur eletrik, pastikkan plug dicabut daripada soket selepas menggunakannya. Bukan apa, nampak je benda ni remeh tapi ramai yang selalu lupa.

via GIPHY

Pasang smoke alarm

Sebenarnya mempunya satu smoke alarm tidak mencukupi. Sebenarnya, di setiap bahagian rumah perlu ada. Dapur, bilik tidur, garaj dan ruang tamu sebab kita tak tahu punca kebakaran datang dari mana. Bukan dari dapur je tau!

Kalau rumah besar sangat, pastikan setiap smoke alarm berkomunikasi antara satu sama lain. Misalnya, satu alam di dapur dah berbunyi, secara automatik alam yang lain akan berbunyi sekali.

Bateri alam penggera

Jangan jadikan alat penggera rumah anda sebagai hiasan semata. Sentiasa update keadaan bateri samada berfungsi atau pun tidak. Nanti ada kebakaran tapi alat penggera diam membisu. Sebaiknya tukar bateri sebulan sekali.

via GIPHY

 Api lilin tak terpasang

Ada sesetengah daripada kita suka tidur dengan bertemankan cahaya lampu lilin. Katanya lebih romantik tapi sebenarnya untuk berlaku kebakaran adalah sangat tinggi. Bukan apa, takut lilin terjatuh atas permukaan bahan yang mudah terbakar.

Soket

Pastikan sebelum tidur, tutup semua soket yang tidak digunakan. Elakkan plug terpasang walaupun tidak digunakan. Ia boleh mengakibatkan percikan api yang mungkin boleh mengakibatkan punca kebakaran.

via GIPHY

Mungkin nampak mudah tapi perkara remeh ni lah yang orang ramai terlepas pandang. Lepas ni, sebelum tidur pastikan rumah dalam keadaan baik. Semoga kita semua terhindar daripada segala kecelakaan. Khas untuk anda yang merancang untuk bercuti panjang tu, wajib semak segala point di atas ya.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Pantau Aktiviti Anak-Anak Musim Banjir Ni Untuk Kesihatan & Keselamatan Mereka

Aktifkan ‘Parental Control’ Untuk Selamatkan Keselamatan Si Manja

 

 

 

 

 

 

Sumber: marthastewart

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna