5 Jenis Aktiviti Yang Berfaedah Untuk Kesihatan Mental

Bukan setakat kesihatan fizikal yang penting. Kesihatan mental merupakan antara kesihatan yang amat penting juga untuk kita semua jaga. Cuba anda fikir kalau mental tak sihat, macam mana nak jaga kesihatan tubuh badan?

Donna sedar banyak kes manusia yang kemurungan semakin menaik, kesedaran tentang kesihatan penyakit mental juga masih lagi di tahap yang rendah. Bukan itu sahaja, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ini ramai yang terkurung dan menghabiskan banyak masa di rumah. Walau bagaimanapun, Donna nak kongsikan beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengekalkan kesihatan minda.

Bernafas

Nampak seperti simple, tapi sebenarnya bernafas ini boleh membantu anda untuk mengekekal fokus dalam membuat keputusan yang rasional. So ladies, pastikan anda tenangkan diri dengan bernafas dengan betul, supaya minda akan lebih relaks. Breathe in, breathe out.

via GIPHY

Menulis

Kadang kala, sesetengah individu mempunyai kesukaran untuk meluahkan perasaan yang terbuku. Lagi-lagi yang tengah dilanda masalah itu. Jadi apa kata anda cuba untuk menulis. Tak perlu kisah dengan masalah typo dan sebagainya. Dengan cara ini mungkin akan dapat membantu anda merasa lebih ringan dan kurang stress. Write your feelings away!

via GIPHY

Pelukan

Percaya atau tidak, ada kajian yang menyatakan pelukan daripada individu yang rapat dengan kita dapat membantu mengurangkan stress yang terkumpul. Jadi cuba dapatkan hugs daripada yang tersayang seperti ahli keluarga dan rakan-rakan. Donna pasti mereka akan  faham!

via GIPHY

Rehat sebentar

Kehidupan di alam pekerjaan boleh menjadi punca kenapa anda stress. Belum campur lagi masalah peribadi kan? Jadi kalau anda berpeluang, Donna suggest untuk anda mengambil masa sebentar. Take a nap! Tidur sebentar boleh mencergaskan minda dan mood swings kerana keletihan dari stress yang anda alami.

via GIPHY

Berjalan

Cuba untuk mengambil mood untuk berjalan sebentar dan melihat keadaan yang sekeliling. Letakkan dulu telefon bimbit itu dan ambil lah masa dalam 10-15 minit untuk berjalan ke tempat yang tenang. Donna percaya anda akan merasa lebih tenang dan lega bila anda dapat melihat kehidupan sekeliling anda. Walk around the house, dan tengok sekeliling!

via GIPHY

Donna harap artikel ni dapat membantu anda release stress. Aktiviti yang simple pun memadai untuk membantu anda merasa lebih tenang.

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna