5 ‘Indoor Plant’ Yang Senang Nak Jaga Untuk ‘Beginner’!

Selain cara menghias rumah, antara topik yang selalu juga disebut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ialah galakkan untuk mempunyai tanaman hidup di dalam kediaman masing-masing. Topik indoor plant semakin menjadi perhatian ramai. Kalau dulu ada yang tak berapa minat tentang pokok, tiba-tiba menjadi pencinta tumbuhan.

Antara selebriti yang turut mempromosikan tanaman dalam rumah ialah Neelofa. Menerusi tweet beliau, Neelofa ada mencadangkan beberapa jenis tumbuhan kepada beginner yang berjinak-jinak dengan tanaman yang mudah dijaga ini.

BACA: Hentikan Lemang Periuk Kera, Betul Ke Tumbuhan Eksotik Ini Dah Nak Pupus?

Maka, dalam artikel kali ini. Apa kata kami di Donna berikan cadangan 5 tanaman dalam rumah yang senang dijaga untuk anda semua. Jom kita mulakan!

Monstera 

Ha, pokok yang macam ada lubang ini ada dua jenis iaitu Monstera Adansonii atau Monstera Deliciosa.

Sumber: thespruce.com

Cara nak jaga pula macam ini:

-Hanya perlu disiram bila tanah kering sepenuhnya. Kalau masih lembap, jangan siram. Pokok jenis ini lain sikit, dia akan mati kalau terlebih siram air. Terkurang siram, tak apa.

-Jangan letak dekat pendingin hawa atau dekat tempat yang direct cahaya matahari.

BACA: Pergh! Mula-Mula Sendu, Lelaki Ini Ubah Bilik Ala-Ala IKEA Sepanjang PKP

Fittonia

Pokok yang daunnya macam urat kecil ini pula memang terkenal dengan warna yang pelbagai. Ada merah jambu, hijau atau kuning.

Sumber: crocdn.co.uk

Cara nak jaga pula macam ini:

-Jangan letak di kawasan yang akan terkena matahari secara langsung.

-Pastikan pasu anda ada lubang di bawahnya untuk mengaliran air yang betul. Nak siram pula senang, kalau dah nampak daun dia macam terkulai. Baru siram. Kalau tiba-tiba daun dia bertukar jadi warna kuning. Maksudnya anda dah terlebih siram air.

Philodendron

Alahai, tumbuhan ini cantik tau kalau biar dia berjurai dari atas rak buku. Kalau sangkut dekat dinding pun sejuk mata memandang.

Sumber: Says

Cara nak jaga pula macam ini:

-Tumbuhan ini perlukan cahaya matahari yang terang tapi tak secara langsung tau. Tapi kalau daun dia dah mula menguning, maksudnya cahaya matahari sebenarnya terlalu banyak.

-Pastikan tanah atas jadi kering sebelum siram setiap hari.

Sansevieria

Sumpah ini pokok yang senang dan tak banyak kerenah. Wajib ada kalau anda nak berjinak dengan indoor plant ini.

Cara nak jaga pula macam ini:

– Tumbuhan ini memerlukan cahaya matahari yang rendah untuk hidup.

-Kalau nak siram, pastikan tanah betul-betul kering. Pokok ini akan mati kalau tumbuhan terlebih disiram air.

Aloe Vera

Sumber: Says

Mesti anda dah pernah dengar banyak kali khasiat Aloe Vera. Rupanya nak jaga pokok ini pun senang sahaja tau.

-Tumbuhan ini lebih kurang kaktus, jadi dia suka keadaan kering.

-Cumanya, jangan siram air berlebihan. Siramlah bila tanah betul-betul kering.

Apalagi, senang kan? Lepas ini pergilah serang kedai pokok berdekatan rumah. Rumah anda akan menjadi ‘hidup’ selepas ini dengan kehadiran tumbuh-tumbuhan. Tak percaya? Cubalah!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Says

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna