5 Idea Warna Cat Ruang Tamu Lebih ‘Hidup’ Dan Mewah!

Ruang tamu adalah satu kawasan utama di dalam rumah yang penting, kerana di situlah tempat untuk anda berehat dan mengisi masa lapang. Warna cat dinding di ruang tamu sangat memainkan peranan kerana ia dapat menentukan sama ada aura yang akan disalurkan positif atau pun tidak.

Nak tahu 5 idea kreatif untuk warna cat ruang tamu rumah anda, jom lihat di bawah!

 

Kuning Terang

Image result for ruang tamu warna kuning lembut

Sumber: pinterest

Pemilihan warna kuning untuk ruang tamu sangat sesuai untuk menghidupkan suasana yang cerah dan ceria. Tidak perlu dekorasi dan sususan perabot yang terlalu sarat, kerana warna tersebut sudah memenuhi ruang. Anda hanya perlu meminimumkan penggunaan barang di setiap sudut untuk kelihatan lebih kemas dan teratur.

Merah Muda

Related image

Sumber: arsitag

Mahu sesuatu yang lebih klasik tetapi masih ingin mengekalkan suasana mewah? Penggunaan warna merah muda di ruangan tamu membuatkan ia lebih tenang dalam masa yang sama kombinasi perabot dan hiasan berwarna putih akan menghidupkan lagi ruang tersebut.

Hitam

Image result for ruang tamu warna hitam

Sumber: stail 

Mungkin ramai yang tidak berani menggunakan warna hitam sebagai pilihan untuk memenuhi di ruangan tamu. Tetapi sebenarnya kalau anda pandai menggabungkan perabot dan hiasan ia akan mewujudkan elemen misteri dan mewah. Bukan itu sahaja, penggunaaan cahaya lampu dan cahaya di tingkap sangat penting jika dinding rumah dipenuhi dengan warna hitam.

Related image

Sumber: cham

Seperti mana yang anda tahu warna hijau ni merupakan simbolik kepada kesegaran dan ketenangan. Ia mewujudkan rasa seperti anda dikelilingi dengan alam semulajadi iaitu tumbuh-tumbuhan. Elakkan untuk memilih perabot berwarna gelap kerana ia akan membuatkan warna hijau tersebut sedikit tenggelam. Gabungan dengan aksesori putih agar ia tampak lebih hidup.

Image result for ruang tamu warna coklat

Sumber: rumahpedia

Konsep ruangan tamu berwarna coklat adalah pilihan yang sesuai kerana ia mempunyai motif elegan dan kemas. Digabungkan dengan langsir yang berwarna putih memberi kesan kepada ruang agar ia nampak lebih luas berbanding penggunaan warna yang lebih gelap.

Lepas dah baca idea ni, apa kata anda berani kan diri untuk mencuba warna cat yang baru, mesti lagi cantik ruang tamu rumah anda. Selamat mencuba!

Artikel berkaitan:

Idea Menghias Bilik Si Manja

Deko Rumah Dengan Sentuhan Hiasan Scandinavian

 

 

 

 

Sumber: goodhousekeeping

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna