5 Idea Kreatif Hidangan Yang Anda Boleh Lakukan Hanya Menggunakan ‘Blender’!

Bayangkan anda masak setiap hari tanpa menggunakan blender? Mesti rasa tak lengkap, sebab pengisar ni boleh dikatakan peralatan penting yang perlu ada dekat dapur. Bukan setakat boleh sediakan bahan tumis, smoothies atau milkshake tapi ada boleh buat pelbagai lagi hidangan yang menarik dan mudah untuk keluarga.

Jom Donna kongsikan 10 idea kreatif yang anda boleh lakukan dengan hanya menggunakan ‘blender’, senang je!

Related image

Sumber: naukrina

Almond Milk 

Daripada beli dekat kedai, apa kata anda lakukan sendiri di bawah bukan setakat sedap tapi lebih berkhasiat. Caranya mudah sahaja, letak kacang almond unsalted, letakkan sedikit garam kemudian tuang air mengikut kepekatan. Kisar dengan menggunakan tahap kelajuan tinggi selama 1 hingga 2 minit. Nak lagi sedap anda boleh taburkan kacang hancur ke dalam cawan atau botol dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan sehingga 4 hari, kan dah jimat!

Image result for hummus recipe

Sumber: cooking

Hummus

Petang-petang sedap juga kan kalau dapat makan roti pita cicah hummus. Yes, dekat rumah pun anda boleh buat hummus dengan hanya menggunakan pengisar. Gabungkan chickpeas, bawang putih, garam, air, serbuk paprika dan perahan lemon. Kisar sehingga tesktur menjadi lembut, bukan hanya pita malah anda boleh nikmatinya bersama sandwich dan chips!

 

Ais Krim

Anak-anak suka makan aiskrim tapi tak ada icecream maker, tak jadi masalah! Sebenarnya dengan menggunakan blender dekat rumah pun anda boleh lakukannya dan ia adalah alternatif untuk berjimat. Ikut citarasa anda dan anda boleh letakkan buah dan susu untuk di kisar bersama. Untuk lagi nampak menarik, anda boleh tuangkan bahan tersebut ke dalam acuan bercorak dan simpan dalam peti ais selama 4 jam.

Image result for mayonis

Sumber: wanista

Mayonis

Eh tak payah susah-susah beli dekat pasar raya kalau mayonis dah habis. Hanya menggunakan empat bahan iaitu minyak zaitun, kuning telur, perahan lemon dan sedikit garam sudah cukup yang penting kisar sehingga ia sebati. Dah siap!

Image result for pancake recipe

Pancake 

Mesti anda tertanya-tanya macam mana cara mudah untuk buat pancake? Mudah je, siapkan segala adunan batter ke dalam pengisar. Tak sampai 10 minit dah siap!

Haa banyak sebenarnya hidangan kreatif yang anda boleh lakukan dengan menggunakan blender, tunggu apa lagi apa kata anda kongsikan dengan kawan-kawan yang lain.

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Suami Jangan Cepat Gelabah Bila Isteri Meroyan! Kenali 4 Tanda Kecil Ini

 

 

Sumber: cashzine

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna