5 Faktor Mengapa Pekerja Bertukar Menjadi Bermasalah

Seringkali kita melihat dan mendengar banyak sahaja kisah benar tentang pekerja yang sering melakukan masalah.

Walaubagaimanapun, bukan semua pekerja yang terlibat dengan masalah adalah punca. Kadang-kala bukan salah sendiri juga tetap kena marah, dan terus dipandang sebagai bermasalah dan tidak disiplin.

Mungkin juga ada bagusnya jika kita cuba untuk memahami pekerja terlebih dahulu berbanding terus memandang individu tersebut sebagai punca sesuatu itu.

Selain dari itu, persepsi majikan yang terpengaruh dengan isu pekerja yang bermasalah ini sebenarnya boleh juga dipandang sebagai satu isu. Mana tidaknya, majikan yang mempunyai anggapan sebegini boleh menjadi punca pekerja yang bekerja dengan ikhlas, menjadi sebaliknya!

Oleh itu, Donna mahu kongsikan kepada anda beberapa punca mengapa pekerja yang tidak bermasalah bertukar menjadi yang sebaliknya.

Baca:“Setiap Kali Pulang, Saya Tak Boleh Peluk, Cium Anak” Luahan Sebenar Frontliner Hadapi Risiko Covid-19

Isu Komunikasi

Masalah komunikasi ini merupakan antara punca yang paling popular. Mana tidaknya, jika tiada komunikasi yang sihat, maka bagaimana caranya untuk menghasilkan sesuatu yang menguntungkan?  Tidak kiralah dari majikan mahupun pekerja, berkomunikasi dengan langkah yang sihat dan profesional  adalah penting! Bukan bos je yang nak kena jaga hari pekerja, pekerja juga harus memikirkan sebaliknya. Apa salahnya mewujudkan budaya kerja yang sihat?

Tiada Budaya Persefahaman

Yang ini adalah merupakan satu langkah yang juga penting untuk diterapkan dalam pekerjaan. Lebih-lebih lagi individu yang bekerja dalam berkumpulan. Tak perlu untuk hanya memikirkan diri sendiri sahaja yang harus didengari. Jika mahu difahami, cubalah untuk memahami yang lain terlebih dahulu! Selain itu, elakkan diri daripada hanya mahu menyuarakan dan mempersoalkan isu yang muncul. Ada bagusnya untuk mendengar dan memahami terlebih dahulu. Jangan claim sudah dengar dan faham jika hanya mahu bertekak.

Tiada Ruang Peribadi Pekerja 

Setiap manusia mempunyai kehidupan peribadi masing-masing. Tidak kiralah kehidupan yang bahagia mahupun sebaliknya. Oleh sebab itu, jangan mudah sangat untuk terus mempersoalkan mengapa mereka bertindak sedemikian. Sematkan dalam fikiran, pekerja yang gembira adalah pekerja yang seimbang hidupnya. Tidak kiralah pekerja yang bujang mahupun sudah mempunyai keluarga. Kedua-duanya mempunyai urusan hidup selain kerja yang sama pentingnya! Tidak rugi untuk hormat-menghormati antara satu sama lain dan tidak hanya memikir diri sendiri sahaja yang mempunyai kehidupan dari luar dunia pekerjaan.

Tiada Motivasi & Sering Dipandang Negatif

Manusia yang normal mempunyai minda dan emosi yang sihat. Namun, ia akan kekal sihat jika dikelilingi oleh suasana yang menyihatkan. Suasana yang tidak dipandang negatif dan penuh dengan positive energy.  Apa salahnya untuk memberikan motivasi yang baik sebagai sokongan untuk pekerja terus kekal cemerlang?

Membuat Keputusan Tanpa Penglibatan Pekerja

Sesuatu keputusan untuk menjalankan projek. kempen atau sebagainya, haruslah melibatkan persetujuan para pekerja. Hal ini kerana, untuk memastikan kerja yang ditetapkan dengan persetujuan secara menyeluruh itu tidak dianggap sebagai satu beban. Adalah penting untuk  memberi peluang mendengar pandangan masing-masing terlebih dahulu!

Jadilah pekerja dan majikan yang bijak dalam mengendali kerja  dan kebajikan masing-masing. Jangan pelik jika suasana bertukar toksik jika 5 punca ini wujud dalam suasana bekerja!

Baca:

Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

“Aku Rindu Masakkan Mamaku”- ‘Frontliner’ Penat Dan Rindu Keluarga

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna