5 Cara Mudah ‘Unpack’ Barang Lepas Balik Dari Kampung

Pasti tak boleh lupakan perasaan gembira dan teruja bila balik beraya di kampung halaman tambah pula saat bersama dengan saudara mara. Dah unpack barang ke belum tu? Sudah menjadi rutin sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak bila sampai sahaja rumah kena kemas pula barang-barang. Sabar, jangan runsing sebenarnya mudah sahaja nak unpack barang anda perlu ikut langkah ni.

Letak Luggage Di Balkoni

Image result for bed bugs in luggage

Sumber: infection

Sebelum anda angkut bagasi ke dalam bilik, pastikan anda bawa dulu semua beg dan luggage ke balkoni atau hujung ruang tamu di rumah anda bagi memastikan anda tidak bawa balik bed bugs dari percutian. Mungkin ia akan kelihatan tidak kemas pada ruang rumah anda tetapi ia adalah cara untuk menghindarkan daripada pepijat merebak hingga ke katil dan kawasan yang lain.

Nak Mudah Pergi Dobi Je

Related image

Sumber: consumers

Haih, penatnya dah la penat tempuh jem kena basuh baju pula. Jadi apa kata untuk memudahkan anda, bawa segala pakaian di dalam bagasi ke dobi. Kalau malas sangat, anda sediakan bag plastik dan asing pakaian kotor dan bersih. Lepas tu boleh minta tolong suami untuk ke dobi, hiks!

Tak Perlu Selongkar Pun

Related image

Sumber: street

Segala peralatan mandi anda tidak perlu pun selongkar dan letak balik di tempat asal. Sebenarnya untuk lagi mudah anda boleh menggantungkan beg toiletries anda di bilik air kan lebih tersusun? Jadi untuk percutian seterusnya anda tak perlu lagi lah pack semua barang hanya terus ambil dah siap.

Barang Tak Penting Letak Di Tempat Biasa

Related image

Sumber: thenextweb

Bila balik beraya mesti banyak buah tangan dari kampung kan? Kuih muih, sampul raya dan cenderahati segalanya perlu disimpan dengan baik. Jadi kumpulkan ke semua barang di satu ruang seperti meja makan, secara teknikalnya anda tidak perlu untuk kemas setiap barang yang ada. Tapi pastikan ia tersusun untuk memudahkan anda mengambilnya kemudian anda boleh simpan di tempat yang asal secara tidak langsung barang tersebut sudah di unpack mudah kan?

 

Sumber: herpackinglist

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna