4 Sebab Mengapa Anda Perlu Pilih Pulau Kapas Sebagai Destinasi Untuk Bercuti

Dekat Malaysia ni memang banyak pulau cantik, salah satunya adalah Pulau Kapas di Terengganu. Tapi pernah terfikir tak mengapa ianya dipanggil sebagai Pulau Kapas? Haa ini kerana keindahan pulau dan pasir putih yang halus seperti kapas membuatkan ramai yang berkunjung di sana dan menjadikan sebagai destinasi untuk bercuti bersama keluarga.

Mungkin ramai yang belum tahu, apa yang menarik tentang Pulau Kapas? Haa kalau nak tahu lebih lanjut, jom lihat perkongsian di bawah.

Image result for pulau kapas"

Sumber: malaysia 

Daya Tarikan Utama

Buat anda yang inginkan ketenangan Pulau Kapas adalah tempat paling terbaik buat anda seisi keluarga untuk merehatkan diri dengan menikmati keindahan laut yang sangat cantik dan sesuai bagi sesiapa yang ingin mencuba ‘scuba diving’ untuk melihat keindahan dasar laut.

Aktiviti Pulau Kapas Yang Wajib Cuba

Bukan setakat ‘scuba diving’ je, tapi bagi anda yang suka dengan aktiviti lasak seperti snorkelling, berkayak dan memancing pun ada juga tau. Buat para suami, tempat ini memang port terbaik kalau anda ingin menenangkan fikiran sambil tu boleh memancing ikan hiks!

Image result for terumbu karang pulau kapas"

Sumber: libur

Terumbu Karang Yang Cantik

Tak bosan ke hari-hari pergi pusat beli belah? Sekali sekala apa kata anda, lihat keindahan terumbu karang yang cantik di dasar laut Pulau Kapas. Jangan lepaskan peluang untuk ‘snorkelling’ dan lihat sendiri kehidupan laut dan terumbu karang berwarna-warni dan pastinya ia merupakan pengalaman yang paling bermakna sekali.

Resort Di Pulau Kapas

Tak tahu nak penginap di mana? Jangan risau terdapat beberapa resort yang anda boleh menginap antaranya Kapas Resort Spa. Dengar cerita siap ada pakej bulan madu sekali. Ehem jadi buat pengantin baru, tunggu apa lagi dan boleh rancang sekarang.

Sekali sekala tu cuba ubah destinasi untuk bercuti, tidak semestinya kena luar negara je dalam Malaysia pun ada banyak tempat yang cantik dan menarik.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Dah Jadi Menantu Jangan Buat Kepala Sendiri, Baru Lah Mertua Sayang!

 

 

 

 

Sumber: jomlahcuti

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna