4 Resepi Pasta Siap Dalam Masa 20 Minit

Apabila sedang kelaparan selalunya anda pasti mencari sajian yang mudah untuk disediakan.”

Apa lagi, mi segera adalah menu cepat disediakan yang menjadi hidangan ketika lapar. Jangan begitu ya, sering mengamalkan makanan segera tidak baik untuk perut dan kesihatan anda. Selain makanan segera masih banyak lagi hidangan sihat yang boleh dihasilkan dalam masa pantas. Antaranya pelbagai sajian lazat menggunakan pasta sebagai bahan utama. Hanya menggunakan pasta anda boleh menghasilkan pelbagai jenis makanan yang mengenyangkan yang penting cepat sepantas 20 minit sahaja.

Resepi Pasta Olio Ayam


Sumber Foto: pexels.com

Bahan-Bahan

  • Pasta
  • 6 biji black olive
  • 6 biji green olive
  • 15 biji jeruk capers
  • 1 keping dada ayam dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih, tumbuk lumat
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji terung dipotong kiub
  • 1 biji bawang holland, didadu
  • 1 biji cili Capsicum
  • Garam secukup rasa
  • Parsley, dicincang untuk hiasan
  • Minyak zaitun untuk menumis

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili Capsicum, terung, green olive, black olive, jeruk capers dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna.
  2. Tambah pasta dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Tabur parsley sebelum dihidangkan.

 

Resepi Pasta Carbonara

Sumber Foto: cooking.nytimes

Bahan-Bahan:

  • Pasta
  • Minyak Zaitun
  • 4 batang sosej dihiris nipis
  • 1 tin cendawan butang
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 2 biji kuning telur
  • 1/2 cawan susu cair
  • Setengah cawan keju pamesan yang diparut
  • Garam & serbuk lada sulah

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, sosej dan cendawan butang sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, susu cair dan keju parmesan. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  3. Masukkan dalam pasta dan sosej tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi jika ada.
  4. Kalau anda suka hidangan sos yang sedikit cari, tambah sedikit air bersama stok ayam.

 

Resepi Pasta Goreng

Sumber Foto: pexels.com

Bahan-Bahan:

  • Pasta
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 10 ekor udang
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 2 biji telur
  • 2sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sayur sawi, taugeh atau kobis (ikut kegemaran anda)
  • Kicap pekat
  • Gula dan garam
  • Minyak sayur

Cara-Cara:

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak sayur, tumis bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis dengan api kecil perlahan
  2. Masukkan semua bahan sos, kicap dan air secukupnya. Masukkan isi ayam dan udang, masak sekejap.
  3. Pecahkan telur kemudian kacau bersama adunan tadi. Masukkan sayuran dan perasa secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan pasta yang telah sedia direbus dan ditoskan airnya. Gaul kesemua dan sedia dihidangkan. Boleh taburkan Parmesan cheese untuk rasa pasta asli walaupun sudah diubah ke citarasa asia.

 

Resepi Pasta Bolognese Bersama Lada Hitam

Sumber Foto: pexels.com

Bahan-Bahan:

  • Pasta
  • Prego sos tomato
  • Daging kisar
  • Sosej lada hitam
  • 1 biji bawang holand – didadu
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 sudu teh serbuk oregano
  • Minyak zaitun
  • Grated Parmesan cheese (tabur)

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk,tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar. Masak hingga daging empuk.
  3. Masukkan Prego sos tomato, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, dan serbuk oregano.
  4. Masukkan sosej bersama garam dan gula secukup rasa.
  5. Tuangkan ke atas pasta dan tabur Parmesan cheese. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: FB The Reporter

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna