4 Resepi Makanan Ala-Ala Anak Mat Saleh Untuk Si Manja Bawah 1 Tahun

Dilema ibu setiap hari adalah untuk menyediakan menu makanan untuk anak-anak. Lagi pening jika anak anda baru berusia setahun ke bawah dan sejenis memilih makanannya (picky eater). Di sinilah para ibu harus rajin berkesperimentasi agar anak terpikat dengan makanan tersebut. Ha, bukan mudah menjaga anak tau.

Untuk ibu-ibu yang sudah kekeringan idea untuk masakan si manja, apa kata anda baca perkongsian Azreen di bawah ini. Ibu muda ini rajin mempelbagaikan makanan untuk si manjanya yang baru berusia 7 bulan.

 

Sumber: instagram Azreen

Menurut Azreen, dia tidak mengesyorkan ibu di luar sana menggunakan makanan segera seperti di dalam tin, bungkusan atau kotak kerana mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ia sememangnya tidak bagus untuk kanak-kanak.

Tambahnya lagi, menu makanan anak-anak boleh dipelbagaikan dari masakan melayu sehinggalah ke masakan ala-ala barat. Ha, mungkin anak anda akan terpikat? Lihat resepi di bawah:

Caramelized pumpkin, apple & singo pear

Bahan-bahan:

  1. Labu, epal dan Singo pear
  2. Air
  3. Kulit kayu manis
  4. Unsalted butter

Cara-cara:

  1. Panaskan unsalted butter.
  2. Masukkan kulit kayu manis serta kesemua buah dan air.
  3. Tutup periuk untuk memastikan kesmua bahan lembut.
  4. Blend dan siap!

Creamy Chicken Pasta

Bahan-bahan:

  1. Bawang putih dan bawang merah
  2. Daun Saderi
  3. Sawi dan lobak Merah
  4. Ayam
  5. Unsalted butter
  6. Cheese tatura
  7. Pasta

Cara-cara:

  1. Rebus pasta sampai masak dan letakkan di tepi.
  2. Tumis unsalted butter, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan isi ayam yang sudah di masak. Tambah air dan masukkan sawi dan lobak merah.
  4. Biarkan sayur lembut.
  5. Masukkan pasta, cheese tatura.
  6. Blend dan boleh hidang untuk si manja!

Pancake kurma

Bahan-bahan:

  1. Tepung gandum
  2. Kurma

Cara-cara:

  1. Blend tepung dan kurma.
  2. Masak atas kuali leper.
  3. Siap!

Potato stick

Bahan2:

  1. Kentang
  2. Lobak merah
  3. Tepung jagung (1 sudu kecil)

Cara2:

  1. Kukus kentang dan lobak merah sehingga lembut.
  2. Lenyek-lenyekkan.
  3. Masuk kan tepung jagung. Sebatikan kesemua bahan sehingga boleh membentuk panjang-panjang.
  4. Gorengkannya dan siap!

 

Ha, tak susah pun. Si manja pasti sukakannya. Selamat mencuba!

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna