4 Rahsia Pemakanan Martha Stewarts Untuk Kelihatan 33 Tahun Lebih Muda!

Pernah dengar tak orang kata, ‘age is just a number’! Ha, umur semua tidak penting kerana anda tetap kelihatan muda remaja githew! Siapa tak nak kan?

Bermacam-macam petua boleh diamalkan untuk nampak muda. Apa yang penting, pastikan kesihatan dalaman juga dijaga. Donna berminat dengan perkongsian selebriti terkenal Hollywood, Martha Helen Stewarts mengenai rutin hariannya.

Pada usianya yang memasuki angka 78 tahun ini, beliau masih lagi aktif dalam dunia media. Belum lagi kalau Donna senaraikan kejayaan beliau dalam bidang penyiaran. Hm.. Macam manalah Martha boleh lakukan semua ini sepanjang hidupnya? Apalah tip yang Martha praktikkan ye?

Jom lihat apa yang dilakukan Martha untuk kekal aktif pada usia emasnya :

Minum air jus setiap pagi

Sumber: today

Pada tahun hujung tahun lepas, Martha pernah kongsikan rahsia rutin minuman hariannya di salah sebuah rancangan kesihatan. Waktu itu, beliau mengatakan, “Mungkin saya kekal sihat sebab pada setiap pagi, saya akan pastikan saya minum air jus yang bewarna hijau, melakukan aktiviti bercucuk tanam di halaman rumah dan bersenam sebanyak mungkin yang saya mampu”

Bercucuk tanam sayuran dan makan sayur yang di tanam

Sumber: instagram Martha

Kita semua sudah sedia maklum, kalau nak badan kekal sihat anda perlu makan buah atau sayuran yang banyak.  Begitulah yang dipraktikkan oleh Martha sendiri. Tapi, bezanya, dari sejak muda lagi beliau akan makan sayur-sayuran yang ditanamnya sendiri. Hebat bukan?

Sering makan ikan

Selain itu, beliau akan lebih memilih ikan berbanding daging atau ayam. Pakar sains kesihatan juga ada mengeluarkan kenyataan dengan menyokong kenyataan Martha kerana menurut kajian, isi ikan mampu mengurangkan berat badan, meningkatkan kolestrol yang berkhasiat dalam badan juga dapat merendahkan terkena serangan jantung.

Makanan ringan: Yang bertepung

Kalau anda perasan, makanan ringan yang Martha selalu masak adalah pancake, pencuci mulut, biskut atau kek yang berunsurkan sumber yang berkhasiat. Malah, tepung yang digunakan pun adalah tepung putih yang mengandungi banyak nutrisi.

Anda juga boleh kekal aktif dan tampak lebih muda daripada usia jika amalkan gaya hidup sihat bermula daripada sekarang!

 

 

 

 

 

Sumber: instagram Martha

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna