4 Perkara Untuk Hangatkan Lagi Sesi Bulan Madu Anda Bersama Pasangan, Jom Cuba!

 Spice it up more

Perkara paling best dan bermakna bila sah je sebagai pasangan suami isteri, mesti sesi berbulan madu!  Walaupun anda sudah buat persediaan secara fizikal,  bagi kaum wanita ianya masih akan membuat anda berasa gementar dan tidak sabar untuk menikmati saat indah bersama pasangan. Jangan risau, Donna akan kongsikan kepada anda senarai barang yang perlu dibawa untuk menghangatkan lagi sesi honeymoon pasti cik abang tak nak lepas!

Mungkin senarai item di bawah akan membantu anda menenangkan keadaan dan mewujudkan lagi elemen romantis ketika bersama pasangan. Let’s check it out! 

Image result for scented candle

Sumber: style

Scented Candles 

Anda tahu tak dengan adanya scented candle dalam bilik ketika bersama dengan pasangan,  cahaya lilin malap berfungsi sebagai elemen yang akan mewujudkan suasana romantis selain menjadikan ia sebagai aromaterapi. Nyalakan sekurang-kurang 30 minit awal sebelum anda dan suami beraksi di bilik atau nak lebih hangat anda juga pasangkan ia pada bilik mandi.

Related image

Sumber: nutra

Essentials Oil 

Kalau berbulan madu di luar negeri atau negara, pasti banyak aktiviti luar  yang anda lakukan bersama pasangan. Balik bilik je masing-masing dah letih tapi takkan nak habiskan bulan madu dengan masa tidur je, wasted tau! Daripada habiskan masa dan wang di spa, apa kata anda manjakan suami dengan urut si dia dengan essentials oil. Masa tu boleh la manja-manja sekali hiks!

Related image

Sumber: shaadi

Handcuff

Pernah terfikir tak steamy hot sex? Bagi anda yang mempunyai sifat kinky , memang patut bawa ni. Kalau saja-saja nak cuba pun boleh, pasti suami lagi tertarik kerana ada elemen baru dalam menghangatkan lagi hubungan bersama. Nak gari diri sendiri atau suami, terpulang yang penting malam tu pasti mengghairahkan.

Image result for women sexy night

Lingerie

It’s compulsory! Donna rasa semua wanita sudah tahu, anda perlu sarungkan lingerie seksi untuk berbulan madu tambah lagi bagi siapa yang baru nak merasa malam pertama. Lelaki ni suka pasa visual, jadi anda boleh naikkan nafsu mereka dengan mengenakan pakaian dalam yang paling seksi, pasti si dia tidak akan lupa kenangan bersama pada malam tu!

Senang je kan nak pikat suami dan menghangatkan lagi hubungan ketika bersama, yang penting jangan lupa bawa 4 item di atas!

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Wujud Ke Berpantang Secara Moden Sekarang?

 

 

 

Sumber: cosmopolitan

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna