4 Mitos Penjagaan Kulit Yang Anda Harus Berhenti Percaya!

“Eee kenapa muka aku makin teruk ni”

Haa biasalah wanita bila nak cantik semua benda sanggup dikorbankan tidak kira sama ada sakit ataupun sudah berhabisan duit beribu-beribu. Bukan itu, kadang-kadang bila ternampak sahaja tip-tip atau mitos yang dikongsikan di media sosial mesti anda terus percaya dan lakukannya. Bahaya tau!

Jangan main percaya je, kalau nak sayang kan kulit jom lihat dibawah 4 mitos skincare yang anda patut berhenti ikut.

Image result for oily food cause acne

Sumber: foodrevolution

Makanan Berminyak Punca Jerawat 

Mungkin anda sering dengar kalau nak cantik, mesti kena cut down oily food nanti muka akan bertambah teruk! Sebenarnya mitos tersebut tidak benar, kumpulan makanan yang mempunyai kandungan glisemik tinggi lebih berbahaya daripada makanan yang berminyak seperti kentang, gula, minuman bersoda dan minuman manis.

Menurut David Bank seorang pakar dermatologis dari New York menyatakan bahawa tiada kajian yang menunjukkan bahawa makanan berminyak tidak mempunyai kaitan atau hubungan apabila terjadinya breakouts.

Perlu Guna Rangkaian Produk Muka Yang Sama

Sebelum membeli produk penjagaan muka anda perlu tahu apa yang terbaik dan sesuai untuk kulit anda. David tidak bersetuju tentang pemikiran sesetengah wanita yang menggangap bahawa produk penjagaan kulit muka tidak boleh bercampur untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Ia lebih baik jika anda mengenal pasti terlebih dahulu masalah kulit anda kerana anda boleh ‘set target’ produk yang mana lebih sesuai. Sebagai contoh, untuk pencuci muka dan toner anda menggunakan produk A dan untuk menghilangkan parut anda menggunakan produk B.

Image result for not washing face

Sumber: big world 

Punca Jerawat Sebab Tidak Cuci Muka 

There’s no such things women! Jerawat akan berpunca hanya disebabkan liang pori tersumbat, sebum, bakteria dan keradangan pada kulit. Jika anda tidak mencuci muka kemungkinan muka anda akan mengalami excess sebum tetapi bukan punca jerawat timbul.

Image result for ubat gigi letak di jerawat

Sumber: sinar 

Ubat Gigi Rawat Jerawat Di Muka 

Letak ubat gigi pada jerawat? Mungkin anda akan anggap ianya salah satu cara yang mudah, tetapi menurut Dr Anjali seorang konsultan dermatologis dari Klinik Cadogan menyatakan bahawa kandungan yang terdapat di dalam ubat gigi mengandungi baking soda, hydrogen peroxide, alcohol, menthol dan triclosan yang mampu membuatkan kulit anda mengalami kekeringan.

Haa sekarang dah nampak kan, tidak semua perkara anda boleh percaya macamtu je! Donna harap dengan 4 mitos ni anda akan dapat menjaga kulit muka anda dengan lebih baik. Selain makanan dan kebersihan yang perlu diterapkan dalam rutin penjagaan anda, pemilihan skincare amat penting untuk dapatkan kulit wajah yang anda idamkan.

 

 

Keyword : DONNA X TULUS

 

 

 

 

 

 

Sumber: cashzine

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna