396 Penumpang Pesawat KL – Tawau Diminta Tampil Buat Saringan COVID-19

Selama dua minggu ni, statik jumlah pesakit negara kita menunjukkan dua angka tapi ini bukan petanda negara kita sudah bebas COVID-19 kerana kemungkinan gelombang ketiga mungkin boleh terjadi.

Terbaru, Pegawai kesihatan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) kawasan Tawau, Dr. Suzalinna Sulaiman mengeluarkan kenyataan untuk meminta 396 penumpang pesawat jenis AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau melalui dua penerbangan berasingan diminta untuk tampil menjalani saringan kesihatan kedua dengan segera.

Sumber: fb

Penerbangan Air Asia AK5742…

“Bagi penerbangan Air Asia AK5742 pada 1 Mei 2020 ada 156 orang penumpang semuanya dan empat didapati positif dan selebihnya 152, kita minta tampil untuk menjalani saringan kesihatan yang kedua termasuk 8 pelajar dan 144 orang awam. Mereka semua ini ada di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu,” jelasnya.

Penerbangan Air Asia AK5740…

Bukan satu pesawat saja, malah dua iaitu penerbangan kedua pula adalah pada 4 Mei 2020 melalui pesawat jenis Air Asia AK5740 yang membawa seramai 246 penumpang, dua daripadanya turut didapati positif COVID-19.

“Daripada jumlah itu seramai 64 adalah pelajar universiti dan 160 adalah orang awam dan melalui data mereka juga berada di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan juga Semporna. Jadi melalui kedua-dua penerbangan ini enam didapati positif termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun,” katanya lagi.

Sumber: flightera

Diharap kesemua penumpang dapat beri kerjasama tampil membuat ujian saringan kesihatan yang kedua memandangkan laporan diterima bagi kedua-dua penerbangan tersebut tidak mengamalkan penjarakan sosial dan itu akan menyebabkan risiko jangkitan yang amat tinggi walaupun memakai topeng muka.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lepas Sebulan Tiada Kes, Wuhan Kembali Dilanda COVID-19 Gara-Gara….

Keputusan Di Tangan Rakyat Malaysia, Langkah Ini Elak Gelombang Ketiga COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber: era.je

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna