3 Tempat Romantik Untuk Buat Pasangan Anda Terkejut

Dah lama kawin tapi takda pun kejutan atau pergi makan tempat-tempat romantik bersama. Haa siapa pernah alami situasi macam ni? Bukan apa walaupun sudah lama dalam berumahtangga penting sebenarnya untuk suprise kan pasangan anda dengan membawa mereka ke tempat yang menarik. Walaupun perkara sebegini kadang-kadang dipandang remeh sebenarnya penting untuk mengeratkan lagi hubungan antara pasangan.

Tak perlu pening kepala fikir kan di mana untuk bawa mereka, sebab Donna ada 3 menarik yang pasti buat pasangan anda terkejut!

Image result for signature by the hill

Sumber : Tripadvisor

Related image

Sumber : smallhot

Signature by The Hill  tempat paling sesuai sekali untuk bawa pasangan anda untuk dinner bersama. Bila masing-masing sibuk bekerja pasti kadangkala tiada masa untuk makan malam bersama. Mesti ramai lagi yang tak tahu kan ada tempat romantik di sekitar Bandar Utama. Disajikan dengan makanan western sambil menikmati pemandangan skyview pasti pasangan anda akan terkejut dan sukakannya.

Related image

Sumber : awards

Bagi siapa yang suka tempat elegant dan romantik Marini on 57 tempat paling sesuai untuk anda dan pasangan menikmati suasana mewah sambil meluangkan masa bersama. Terletak di tengah bandar Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan KLCC  menjadi tumpuan dimana ia mudah untuk anda kunjungi.

Image result for hemisphere bar

Sumber : Tableapp

Bukan itu sahaja Hemisphere Restaurant yang berkonsepkan fine dining juga mampu membuatkan pasangan anda terkejut dengan pemandangan yang disajikan kerana ia berada di tingkat 37 di Regalia Residence. Haa mungkin anda dan pasangan juga boleh jadikan sebagai short honeymoon untuk dapatkan masa yang berkualiti ketika bersama.

Raikan cinta anda walaupun sudah lama berkahwin agar ianya sentiasa mekar dan berkembang seperti pasangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Baru lah pasangan makin sayang!

 

 

 

 

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna