3 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Fasha Sandha Kini Selangkah Ke Alam Perkahwinan

Desas-desus berita bahawa hubungan rapat antara pasangan pelakon jelita Fasha Sandha dengan pelakon Aidil Aziz akhirnya terjawab apabila pasangan tersebut telah melangsungkan majlis pertunangan mereka di Kedondong Ampang Hilir, Kuala Lumpur, semalam.

Majlis tersebut berlangsung selepas Asar yang dihadiri oleh kaum keluarga dan teman rapat saja. Malah, di atas permintaan kedua-dua belah keluarga, majlis dilakukan secara sederhana dan tertutup.

Sumber: Awani

Aidil telah menghantar tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang daripada pihak Fasha. Antara barangan yang dijadikan hantaran termasuklah sebentuk cincin pertunangan, manisan, set kelengkapan, wangian dan pakaian.

Sebentuk cincin tanda pertunangan telah disarungkan oleh ibu Aidil, Rokkiah Md Noor yang disaksikan ayah Aidil, Abdul Aziz Ishak dan kaum keluarga dari Rembau, Negeri Sembilan.

Sumber: intrend

Sebelum ini Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia kini berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Fasha juga pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin tahun lalu telah menggayakan busana yang cantik berwarna violet metalik berhias jemeki indah. Apa pun, Donna ingin mengucapkan tahniah di atas pertunangan kepada pasangan sejoli ini.

Sumber: intrend

 

Sumber: BH

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna