3 Jenis Tanaman Hijau Ini Mampu Beri Kesegaran Dalam Rumah

Kajian sains telah menemukan warna hijau yang terdapat pada daun dapat menyejukkan dan menenangkan penglihatan mata sekaligus memberi kesegaran pada udara kerana pokok berfungsi menyerap bau dan gas tercemar  di udara. Misalnya, nitrogen oksida, ammonia, sulfur dioksida dan juga ozon.

Namun, masih ramai lagi yang tidak tahu terdapat beberapa jenis pokok yang sesuai untuk dihias di dalam rumah. Jangan salah faham, bukan tanaman hijau yang kebiasaannya kita lihat di luar tu tapi, tumbuhan yang kurang memerlukan cahaya matahari tetapi mampu menyegarkan ruang udara dalam rumah.

Sumber: demo

Bukan apa, bahan kimia yang terdapat pada perabot pada zaman moden seperti ketuhar, karpet atau barang yang diperbuat daripada plastik atau getah telah menyebabkan 90% pencemaran udara dalam rumah. Dengan menghias 5 jenis tanaman hijau ini, ia akan membantu anda memberi udara yang segar ketika berada di dalam rumah.

Antaranya…

Snake Plant

Snake plant adalah tumbuhan hijau yang disyorkan untuk meningkatkan kualiti udara kerana ia dapat mengubah CO2 menjadi oksigen pada waktu malam. Kawasan yang sesuai untuk diletakkan adalah bilik air atau bilik tidur yang tidak ada pengudaraan.

Sirih Gading

Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama Devil’s Ivy ini sangat cantik ditanam dalam pasu kecil yang digantung. Ia menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain.

Monstera Deliciosa

Monstera deliciosa mampu memperbaiki kualiti dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara. Hm mesti segar kawasan rumah nanti!

Tanaman hijau sering dikaitkan dengan daun yang terdapat di pokok, sayuran atau hiasan pada taman kerana mempunyai elemen nilai estatika bagi melengkapkan keindahan alam, taman di sekitar kawasan rumah anda atau hiasan dalaman rumah. Jadi, tunggu apa lagi? Jom hias rumah dengan 3 jenis tumbuhan ini!

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna