3 Jenis Darah Utama Yang Keluar Pada Faraj Untuk Yang Masih Keliru

Percaya atau tidak, masih ada lagi kaum wanita yang tak tahu jenis darah yang keluar pada faraj mereka. Bukan apa, bahagian faraj adalah bahagian penting kerana bahagian yang sangat sensitif. Tambahan pula, tanda utama kanser rahim adalah berlakunya pendarahan di bahagian vagina secara tidak normal. Hati-hati!

Artikel kali ini kami akan membuat perkongsian pengenalan untuk 3 jenis darah utama yang keluar dari faraj wanita. Antaranya…

Haid

Bila perempuan sudah mencapai tahap hormon yang matang iaitu sekitar lebih kurang 9 tahun, darah haid akan keluar. Sekiranya keluar darah sebelum umur ini maka dikira sebagai Istihadah.

Nifas

Rasanya semua wanita tahu darah nifas. Darah yang keluar setelah berlakunya proses kelahiran bayi.

Istihadah

Apabila seseorang itu suci daripada Haid dan Nifas yakni telah berhenti darah, maka wajib untuk Mandi Junub atau Mandi Wajib. Bagi Istihadah, tidak diwajibkan mandi, tetapi ada hukumnya tersendiri dalam bab solat.

Wiladah

Wiladah ialah kelahiran bayi itu sendiri. Adapun yang mengatakan wiladah juga adalah darah, itu hanya pegangan sebahagian ulama. Namun, wiladah juga wajib untuk mandi junub sama seperti haid dan nifas tapi ia adalah dua darah yang berbeza. Apa yang membezakan dua jenis darah ni adalah wiladah keluar melahirkan dan nifas selepas melahirkan dan hukum solat apabila wiladah wajib untuk mendirikan solat manakala nifas tidak dan haram.

Darah dara

Bagaimanapun, ada juga bertanyakan tentang darah dara. Lihat penerangan berikut.

Sekarang dah terangkan mengenai darah anda? Bila ada darah yang tak sepatutnya keluar dalam tempoh yang lama, sila buat medical check-up ye.

 

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menderma Darah ,

Anggaran 10 Maut Setiap Hari, Kanser Ini Antara Yang Paling Agresif Di Malaysia

 

 

 

 

Sumber: htartwitter

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna